Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya untuk menyerang balas kerana seperti permainan bola sepak Piala Dunia, UMNO dan BN tidak boleh bertahan semata-mata, akhirnya benteng pertahanan ‘bocor’ juga.
Beliau menegaskan, pakatan pembangkang memang pandai berbohong dan putar alam bagi mempengaruhi rakyat supaya memandang buruk kepada UMNO dan BN.
“Pihak satu lagi (pembangkang) memang pakar pusing cerita, hanya 10% ceritanya betul, malah kadang kala 2% saja ceritanya, tetapi dihebahkan seolah-olah cerita itu besar.
“Mereka (pembangkang) gunakan permainan persepsi untuk kepentingan politik mereka, bukan kerana UMNO tidak baik, bukan kerana BN tidak baik, bukan UMNO dan BN tidak banyak berjasa kepada negara, tetapi memburukkan persepsi adalah mainan politik mereka.
“Suasana politik kini berbeza, janganlah guna cara lama, orang lain guna cyberspace, kita kena buktikan kita lebih cekap daripada mereka kerana kita benar,” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Tahunan UMNO Bahagian Bagan Datoh, di sini, hari ini.
Sumber : UMNO ONLINE
Akhirnya seruan telah dikumandangkan. Inilah yang kami semua mahukan. Sudah terlalu lama UMNO didalam posisi bertahan. Dan menangkispun sekadar melepaskan kahak di tingkap kereta.
Kami para blogger sudah lama bersedia malah sudahpun kehadapan. Sedangkan para pemimpin UMNO lain terutama dibahagian Penerangan masih belum bangun. Tolong sedarkan mereka dato.
Kalau terpaksa guna air panas pun tak mengapa asalkan mereka sedar dan bangun. Jangan masih tidur membuta tuli.
No comments:
Post a Comment