DANOK (Thailand) 8 Mei - Para pengusaha van dari Thailand hari ini bertindak menyekat kira-kira 30 bas dari Malaysia memasuki negara itu sebagai bantahan terhadap tindakan penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negara ini terhadap mereka.
Mereka mendirikan khemah di atas jalan raya dan meletakkan puluhan van di sepanjang laluan masuk bagi menghalang bas yang membawa penumpang Malaysia memasuki Thailand.
Para pengusaha van itu menahan mana-mana bas yang mahu memasuki Thailand sebelum mengarahkan mereka berpatah balik ke Malaysia. Berikutan itu, berpuluh-puluh bas dari Malaysia dan Singapura terpaksa meletakkan kenderaan di kawasan berhampiran pusat pemeriksaan Imigresen Thailand di pekan itu.
Para pengusaha van bersama agensi pelancongan negara itu bertindak demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan JPJ yang menyaman kenderaan mereka ketika membawa pelancong ke Malaysia.
Seorang pemandu bas dari Malaysia, Gooi Song Hor, 46, berkata, dia membawa 40 pelancong dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk upacara keagamaan di Hatyai tetapi dilarang berbuat demikian apabila ditahan pengusaha van di pekan itu pada kira-kira pukul 10 malam tadi.
"Saya diberitahu pemandu dan pengusaha van marah dengan JPJ yang menyaman mereka. Ketika memasuki Malaysia dan membawa pelancong mereka disaman bukan sekali tetapi dua atau tiga kali.
"Bagi membalas dendam, mereka buat sekatan tidak benarkan bas dan van Malaysia bawa penumpang memasuki Thailand," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.
Sumber: Utusan Malaysia
Kerajaan Malaysia harus bertegas didalam hal ini. Orang Thailand yang masuk Malaysia membuat salah, mengapa pula kita harus takut kepada mereka. Memang patut mereka dikenakan saman. Sudahlah masuk negara ini mencuri minyak kita.
Kerajaan Malaysia harus menutup sempadan sana. Biar mereka rasa. Selama ini, rakyat Malaysia yang bangunkan ekonomi disana. Sudahlah ekonomi Bangkok terjejas disebabkan orang mereka sendiri, dan sekarang biar Danok dan Hatyai pula yang terjejas. Bodoh mereka ini.
Aku harap jangan ada menteri yang bersikap simpan telor celah kangkang. Jangan dituruti kemahuan mereka. Negara kita ada undang undang. Negara kita sultan, ada pemerintah. Jangan korbankan kedaulatan negara hanya kerana mengikut kehendak negara asing!
2 comments:
Salam YB Raz, sudah banyak berlaku warga asing yg menjadi raja di Malaysia kerana kurangnya tindakkan terhadap mereka..... tingkatkan kawalan utk menjaga kedaulatan negara.... Kalau mereka tidak menghurmati Malaysia, perlu apa dimanja-manjakan warga mereka terutama dari Indonesia, Singapura dan Thailand ini.......
betul tu. kita dilayan macam anjing kalau buat salah disana. jadi mengapa kita perlu layan mereka macam raja pula.
Post a Comment