Pimpinan PAS lah yang sanggup melenyapkan siapa dan apa sahaja yang menghalang mereka. Namun yang pasti mereka tidak berani berhadapan dengan rakyat.
Hanya mereka yang sudah tidak mampu berfikir dan sebati dengan kekufuran sahaja yang sedih serta benci dengan kerajaan sekarang.
Kepada mereka yang mahu terus hidup mengabdi kepada kekuasaan kerajaan Pakatan, silakan, nikmatilah segala laba yang dihamburkan selagi masih berpeluang. Tunggulah saatnya nanti apabila laungan Rakyat Yang Menolak Pakatan bergema menggegar bongkah-bongkah keangkuhan yang dibina dari darah dan air mata rakyat teraniaya!
Saudara saya rakyat Malaysia sekalian, ini bukannya masa untuk bergembira. Ini adalah waktunya kita menggembeling daya dan upaya kita untuk membawa Perubahan kepada semua negeri jajahan Pakatan. Teruskan usaha membawa getar Perubahan ini di segenap pelusuk desa dan bandar. Tidak ada dolak dalih lagi, nyatakan dengan penuh keyakinan bahawa Perubahan ini demi kebaikan semua manusia.
Insyallah kita akan membebaskan semua negeri dari cengkaman Pakatan!
Rakyat Merestui Kerajaan UMNO. Rakyat Melaknat kerajaan Pakatan!
Dipetik dari blog Anwar
No comments:
Post a Comment