Geng Bas Sekolah

February 9, 2010

Kerajaan Negeri Bodoh Atau Tamak

Aku pelik betul dengan sikap kerajaan negeri Pahang akhir akhir ini. Semakin berserabut pentadbiran. Masalah balak tak habis habis. Sekarang masalah tanah rizab surau.

Masalah tanah rizab surau di Taman Atabara Perdana sudah lama berlarutan. Sehingga disiarkan diBuletin Utama, masih belum ada penyelesaiannya. Kini sudah ada pula sebuah restoran didirikan diatas tanah rizab surau berkenaan.

Ini mendatangkan kemarahan penduduk sekitar. Malah mereka mahu membuat laporan kepada SPRM kerana berasakan ianya ada kaitan dengan rasuah.

Memang aku sokong sangat penduduk membuat report SPRM. Memang banyak masalah dengan pentadbiran kerajaan negeri ni. Dan akupun rasa ada unsur unsur rasuah. Elok disiasat sehingga ke akar umbi.

Jangan biarkan imej kerajaan negeri hancur disebabkan oleh sampah sampah yang berada didalam kerajaan negeri. Mereka semua elok ditendang keluar sebelum rakyat Pahang menjadi marah dan menyampah.

Elok bertindak sebelum terlambat.

No comments: