Geng Bas Sekolah

February 2, 2010

Majlis Dialog RMK-10

Kerajaan Negeri Pahang telah mengadakan Majlis Dialog bersama Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohammed Yakcop.


Perbincangan lebih menjurus kepada penerangan dan taklimat berhubung perlaksanaan Rancangan Malaysia Ke 10 (RMKe-10) di Negeri Pahang di Bilik Gerakan Negeri Pahang, Tingkat 7, Wisma Sri Pahang pada 29 Januari 2010 (Jumaat)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata satu perbincangan dengan semua ketua-ketua jabatan iaitu kerajaan negeri, jabatan negeri dan persekutuan supaya laporan RMKe-10 yang akan dibentangkan di Parlimen kelak merupakan satu laporan yang melambangkan kepada rakyat.

“Banyak isu yang dibincang tentang keutamaan yang harus diberikan seperti hospital dan jalan-jalan selain membincangkan tentang isu-isu teknikal seperti melihat apakah faktor yang wujud yang menghalang keberkesanan perlaksanaan projek dengan cepat dan berkesan”

Beliau berkata bagi mengatasi masalah ini, perjumpaan lebih kerap di antara ICU dengan kementerian terlibat dan kerajaan negeri harus diadakan untuk meneliti perkembangan projek dan seterusnya menangani masalah itu dengan segera seperti isu peruntukan, tanah dan aspek lain.

"Dulu peranan ICU sebagai badan pemantau tetapi baru-baru ini Perdana Menteri memutuskan bahawa ICU juga diberi peranan sebagai "trouble shooter" katanya kepada pemberita selepas majlis dialog Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10) Kerajaan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Adnan bin Yaakob.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Pahang, Yang Berhormat Muhammad Safian bin Ismail, semua Exco-Exco Kerajaan Negeri Pahang, semua ketua-ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan.

Turut dibincang adalah projek-projek yang diluluskan dalam RMKe-9 tetapi tidak dilaksanakan atas pelbagai sebab namun ia akan dikaji kembali sama ada akan dilaksanakan dalam RMKe-10 atau tidak.

sumber : Pahang.gov

No comments: