Langkah kerajaan mungkin membenarkan (klik sini) demonstrasi diadakan oleh PEKIDA, PERKASA, ABIM dan beberapa pertubuhan lain esok bagi aku adalah kurang bijak.
Buat apa kita hendak mengadakan demonstrasi kerana kes ini berjalan di mahkamah. Perkara yang bermula dimahkamah biarlah diselesaikan di mahkamah. Walaupun niat kita baik, tetapi kita perlu lihat kesan baik dan buruknya sesuatu demonstrasi itu diadakan.
Jika sebelum ini, demonstrasi pembangkang dihalang kerajaan, mengapa demonstarasi ini dibenarkan. Nanti kerajaan akan di chop "double standart". Atau pilih kasih. Bila mereka buat tak boleh. Tetapi bila kumpulan pro kerajaan buat maka dibenarkan pula. Jangan disebab perkara ini, maka kerajaan atau UMNO terus dikecam hebat oleh pembangkang.
Kerajaan meminta rakyat bertenang dan jangan bertindak melulu tetapi perkara sebegini dibenarkan pula. Aku tahu isu ini sangat penting dan aku memang menyokong kalian tetapi lebih elok janganlah dibuat demonstrasi kerana ini menunjukkan ketidakmatangan kita.
Janganlah menunjukkan kita ini seolah olah tidak berpelajaran seperti orang Pakistan, Indonesia dan lain lain negara miskin dengan mengadakan demonstrasi. Ataupun lebih penting, jangan menunjukkan kita ini sama bodohnya dengan orang Pakatan yang suka melakukan demonstrasi.
Lebih baik kita mencari jalan penyelesaian dengan baik dan tanpa menunjuk nunjuk perasaan. Aku tahu perasaan kita semua terguris tetapi orang kristian juga ada perasaan
Bayangkan hari kita menunjuk perasaan dijalanan dan esok penganut kristian pula menunjuk perasaan. Kemudian apa akan jadi? Sudah pasti peperangan salib akan tercetus semula. Dan akhirnya seluruh rakyat dan negara akan musnah.
Apa yang kita dapat? Yang menang jadi abu, yang kalah jadi arang.
Macam kata Nabil : Lu Pikirlah Sendiri
3 comments:
Salam Yb Raz, biarlah mereka sesekali melepas geram...... kerana sudah terlalu lama dikalangan Melayu Islam terpisah kerana dakyah politik Melayu yang tamak kuasa....
Bayangkan hari kita menunjuk perasaan dijalanan dan esok penganut kristian pula menunjuk perasaan.
Salam, utk apa mereka menunjuk perasaan. Bukankah di negara ini Muslim adalah majoriti, takkanlah keluar utk menzahirkan sikap pun tdk boleh hanya kerana utk mbezakan dgn Pakatan dan bimbang org kristian pun akan keluar tunjuk perasaan. Sori Bro, ini bukan soal Pakatan @ Umno la, ini maruah agama la... Tk
terima kasih yang perkasa
yang gambi : kita cuma memikirkan kesan buruk jangka panjang saja.
ustaz: sama juga, cuma memikirkan kesan buruk jangka panjang. memang kita majoriti muslim tapi itu tak menghalang mana mana penganut nak memprotes. terpulanglah sama ada anda hendak terima atau tidak. ini hanya pada pendapat saya.
terima kasih kerana sudi meluangkan masa disini.
Post a Comment