Gambar dari Rocky's Bru
Hari ini gereja dibakar, kemudian esok masjid pula dibakar. Hah lepas tu apa lagi? Bergaduh berbunuh bunuh pula? Itu yang korang semua nak? Itu yang ahli politik PKR mahukan?
Benda ni dah sampai ke peringkat rumit. Aku harap semua pihak berbanyakkan bersabar. Jangan mengikut emosi keterlaluan. Jangan sampai peristiwa 13 mei kembali berulang akibat percaturan politik individu tertentu.
Dan aku harap pihak polis selesaikan segera masalah ini. KDN tolong tangani segera. Tangkap mana mana pihak yang jelas menghasut. Dan aku setuju dengan blogger waadat, iaitu ada satu nama yang kita semua tahu yang perlu segera dimasukkan ke dalam ISA.
Demonstrasi Kurang Berjaya
Sebentar tadi, selepas solat jumaat, pertubuhan PERKASA Pahang telah mengadakan bantahan aman di Padang Tras, Bentong Pahang. Namun berdasarkan pemerhatian aku, bantahan ini kurang mendapat sambutan dari orang ramai.
Akupun tak tahu kenapa. Mungkin kerana info tidak disebarkan terlebih dahulu ataupun penduduk Bentong sememangnya tidak berminat dengan sebarang demonstrasi. Bukan semua orang berminat melakukan demonstrasi walaupun dengan niat yang baik.
Dan alhamdullilah tiada sebarang kejadian yang tidak diingini yang terjadi di Bentong. Bukan bermaksud hendak mempelekehkan usaha demonstrasi tetapi Bentong adalah tempat aku. Aku tak mahu disebabkan agenda politik jahat seseorang, berlaku kekacauan di tempat aku.
Apa yang jadi di Perak, sudah cukup menunjukkan tiada manafaat apabila kita melakukan demonstrasi. Nasib Nizar tak mati je merempit kelmarin. Dan demonstrasi bukanlah budaya orang Bentong.
*ini hanya pendapat peribadi aku, maaf kalau anda tidak suka dengan kenyataan yang aku keluarkan.*
2 comments:
YB Raz, kawab risau juga dengan puak-puak ni, kekadang sengaja mengambil kesempatan dengan isu, lepas tu tuduh orang UMNO punya kerja.
Kawan bukan menuduh mana-mana pihak.... semua orang tahu, banyak masyarakat Melayu, Cina dan India dah mula kurang yakin dengan perjuangan mereka, untuk itu, mungkin perkara macam ni akan dilakukan supaya kaum-kaum bukan Melayu benci pada Melayu..........
kena hati-hati muslihat 'yahudi' ni...
cina dan india tak sangat menyokong pkr apatah lagi pas. mereka akan sokong dap apabila melihat BN tidak lagi dapat memerintah dengan baik.
inilah yang perlu kita lihat. sesama UMNOpun kita bergaduh, apatah lagi berlainan parti.dan secara tak langsung orang islam terus berpecah belah.
orang islam berpecah belah, kaum cina dan india mula menyokong dap. maka senanglah pengaruh kuasa asing menjajah negara ini.
Sebenarnya sejak dulu aku tak suka isu agama dibincang atau dipertikai secara terbuka. Ya kita boleh mengawal kelakuan dan emosi tetapi bagaimana dengan orang lain?
Kita tidak tahu bagaimana kelakuan dan emosi orang lain apabila disentuh bab agama yang pasti dianggap perkara sensitif.
ingat perang salib, kerana taksub agama, orang kristian sanggup datang dari eropah ke baitulmaqdis semata mata membunuh orang islam dan menawan baitulmuqdis.
ingat kejadian di Ambon indonesia. orang islam dan kristian berbunuh sesama sendiri. Selatan thai sampai sekarang masih tak reda.
jangan dibuat perkara negatif. jangan dinyalakan api permusuhan.
Post a Comment