Suhu ketakutan atau "temperature of fear" semakin menyelubungi negara. Pkr-Pakatan yang baru memerintah 1 negeri mula sesak nafas. Minggu kebelakangan ini keresahan memuncak apabila adanya percubaan untuk membuat ketegangan antara kaum dan agama. Serangan ke atas rumah ibadat dibuat demi kelansungan politik Anwar Ibrahim, sanggup mengadai keamanan dan keharmonian negara ini.
Kita dikejutkan lagi dengan berita bahawa adanya tangkapan baru sepuluh orang minggu lalu menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA), kerana memerangi pengganas. Sekiranya ISA dihapuskan oleh Gerakan Mansuh ISA, sudah pasti negara kita akan terlibat didalam kancah peperangan.
Persoalannya, mengapa Anwar Ibrahim sendiri tidak dibawa masuk sekali kedalam ISA kerana menimbulkan keresahan kaum dinegara ini. Saya mengesa kepada kerajaan agar segera menangkap Anwar Ibrahim tanpa mengikut telunjuk sesiapa.
Manakala tohmahan diperhebat terhadap UMNO - BN, dibantu pula oleh ”lidah busuknya,” yang mengabaikan segala prinsip serta integriti kewartawanan, keadaan ternyata semakin memburuk. Dipaparkan kononnya pimpinan Pkr-Pakatan sedang berusaha memulihkan imej dari kejahatan sendiri dan sedang cuba membawa perubahan, walhal pada masa yang sama, mereka yang bangkit menyatakan perbezaan, menindas orang melayu dan menyelewengkan ajaran islam menggunakan taktik keji.
Lihat sahaja apabila Pembangkang sanggup membiarkan anak-anak mahasiswa kita diperkotak katikkan untuk politik mereka. Apa erti slogan perubahan jika suara mahasiswa dipermainkan dan mereka ditakut-takutkan. Lebih menyedihkan kemurnian kawasan universiti dicemar apabila pembangkang menceroboh lalu angkuh mempamirkan kekuatan.
Tidak sedarkah kamu wahai Anwar! Yang cuba dipermain mainkan ini adalah penzahiran dari damir perjuangan bangsa! Mahasiswa dan anak muda adalah generasi pemberani yang tidak gentar walau hanya berbekal genggaman tapak tangan apabila berhadapan kekuatan Pembangkang.
Jelas kelihatan kepada kita, suhu ketakutan dimunculkan demi mengalih pandangan rakyat dari kes liwat Anwar Ibrahim. Apatah lagi kerana kemurungan ekonomi yang belum berlalu, rasuah pembangkang termasuk kek hariraya yang semakin memualkan, pusat pelacuran yang bebas dibuka serta peningkatan ketidakyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pkr-Pakatan.
Dipetik dari blog Anwar Ibrahim (klik sini)
2 comments:
nuar ni memang pembohong rakyat. kaki kelentong rakyat
umno juara rakyat atau pencacai rakyat
Post a Comment