Geng Bas Sekolah

January 5, 2010

Alhamdullilah Masih Ada Yang Prihatin

Isu kebenaran pihak kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t terus mendapat sambutan. Dan alhamdullillah masih ada orang PAS yang nampak kebenaran. Terbaru PAS Pusat menjelaskan bahawa mereka tidak bersetuju dengan pihak kristian yang menggunakan nama Allah s.w.t. (klik sini) Malah Nik Aziz kini turut tidak mempersetujui tindakan mahkamah.

Walaupun tindakan Nik Aziz boleh dilihat dari segi politik, tetapi syabas kerana berani berkata benar kali ini. Isu kebenaran menggunakan nama Allah s.w.t bukan hanya boleh dilihat dari segi politik kepartian tetapi melangkaui lebih dari itu. Seperti mana isu Israel Palestin. Sebagai umat islam, kita wajib membantu orang Palestin tanpa mengira kita dari parti politik mana.

Namun masih ada pihak yang masih tegar. Masih buta hati dan perasaan. Yang mengatakan ini adalah mainan politik UMNO. Astaghfirullahal adzhim.

Seburuk manapun tohmahan yang mereka lemparkan pada UMNO, UMNO tidaklah segamak ini memggunakan nama Allah s.w.t untuk meraih undi.

Sudahlah kalian. Kalau sudah hati itu sentiasa berprasangka buruk dan berniat jahat, maka jahatlah yang kalian dapat. Terpulanglah sama ada kalian hendak bersama kami mempertahankan nama Allah s.w.t dari diguna oleh pihak agama lain atau tidak.

Dahulu kalian sibuk hendak menegakkan negara islam. Tapi kalau nama Allah s.w.t pun kalian tak dapat pertahankan, bagaimana kalian hendak menubuhkan negara islam dan mempertahankannya?

Bermimpi di siang hari....

3 comments:

YANG GAMBI said...

YB Raz, betul sangatlah tu...... sekurang-kurangnya kepimpinan PAS menampakkan keikhlasan dalam isu ini seiring dengan dasar perjuangan mereka..... jangan hanya tahu mengkafirkan orang Islam lain saja......

Yb Raz said...

tapi masih ada orang pas yang anggap ini semua penipuan umno. huh punyalah busuknya hati.

Anonymous said...

orang pas suka berdolak dalik
munafikk