Geng Bas Sekolah

January 1, 2010

Al Fatihah Buat Tok Mat

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia pagi ini di kediamannya di Bukit Damansara, di sini. Anak sulungnya, Datuk Nur Jazlan memberitahu, kematian Allahyarham disedari kira-kira pukul 8 pagi oleh isterinya, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid ketika mengejutkannya daripada tidur bagi menghentikan rawatan dialisis yang dijalani arwah sejak semalaman.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bukit Kiara selepas Asar petang ini. - Utusan



Al Fatihah buat Allahyarham Tok Mat. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. jasa beliau kepada UMNO dan negara amat besar. Setia beliau kepada UMNO sehingga ke akhir hayat. Takziah buat keluarga beliau..

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam Yb Raz, Al-Fatihah buat Arwah dan takziah buat kelauarganya.....

Inilah seorang Menteri dan pemimpin yang berjiwa rakyat, prihatin dengan pegawai bawahan yang pernah kawan kenali dalam Jabatan kawan dulu........

Semog rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman..... InsyaAllah.

Yb Raz said...

Beliau seorang negarawan sejati..orang sekarang tak ada yang sebaik beliau..