Geng Bas Sekolah

January 3, 2010

Kaitan Penggunaan Nama Allah s.w.t dan Kristian

"Berikutan mahkamah membenarkan nama Allah s.w.t digunakan oleh pihak kristian, ini adalah posting aku yang terdahulu. Aku cuma repost semula untuk sama sama kita renungkan".

Aku tak faham kenapa masih ada orang islam yang beriya iya benar mempertahankan kehendak orang kafir yang secara terang terangan mempunyai agenda jahat. Aku percaya beliau ini bukanlah calang calang orang. Kalau tak, masakan dia boleh mendapat title Dr. Penagih dadahpun tak dapat tittle Dr walaupun berpuluh tahun menyuntik ubat ke badan sendiri.

Beliau membandingkan pendirian orang arab kristian dengan orang kristian Malaysia. Orang arab disana lain. Mereka menerima kristian sejak sebelum Rasullullah s.a.w diutuskan.

Hujah lain, di Indonesia menggunakan kalimah Allah s.w.t didalam bible mereka. Itu juga salah satu hujah daif. Mengapa kita perlu mengikut Indonesia? Perkataan Allah s.w.t digunakan didalam bible Indonesia bertujuan untuk memurtadkan orang islam disana. Semua orang tahu Indonesia mempunyai populasi orang islam terbanyak didunia.

Malah pihak kristian sehingga kini masih giat mengkristiankan penduduk Indonsia yang berada jauh dipendalaman.

Penggunaan bible bahasa Indonesia di Sabah dan Sarawak juga bertujuan sama, iaitu usaha mereka menyebarkan kristian. Namun usaha mereka untuk menggunakan nama Allah didalam bible di semenanjung gagal sehinggalah baru baru ini.

Keinginan pihak kristian mula mendapat perhatian setelah PKR dan PAS sanggup menanggung dosa dengan memberi kebenaran kalimah Allah s.w.t digunakan didalam bible.

Semua orang islam tahu Allah s.w.t bersifat Esa, tiada yang lain disembah melainkanNya sahaja. Malah orang islam juga tahu Nabi Isa a.s bukanlah anak tuhan sebaliknya hamba dan penyampai kebenaranNya.

Berkata Isa: "Sesungguhnya aku ini hamba Allah, Dia memberiku kitab suci (Injil) dan Dia menjadikan aku seorang nabi,dan Dia menjadikan aku seorang yang diberkati di mana saja aku berada, dan Dia memerintahkan kepadaku (mendirikan) solatdan (menunaikan) zakat selama aku hidup; dan berbakti kepada ibuku, dan Dia tidak menjadikan aku seorang yang sombong lagi celaka. Dan kesejahteraan semoga dilimpahkan kepadaku, pada hari aku dilahirkan, pada hari aku meninggal dan pada hari aku dibangkitkan hidup kembali". Itulah Isa putera Maryam, yang mengatakan perkataan yang benar, yang mereka berbantah-bantahan tentang kebenarannya. Tidak layak bagi Allah mempunyai anak, Maha Suci Dia. Apabila Dia telah menetapkan sesuatu, maka Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia. (Surah Maryam ayat 30-35)

Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Hai Isa putera Maryam, adakah kamu mengatakan kepada manusia: "Jadikanlah aku dan ibuku dua orang tuhan selain Allah?". Isa menjawab: "Maha Suci Engkau, tidaklah patut bagiku mengatakan apa yang bukan hakku (mengatakannya). Jika aku pernah mengatakan maka tentulah Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku dan aku tidak mengetahui apa yang ada pada diri Engkau. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui perkara yang ghaib-ghaib". "Aku tidak pernah mengatakan kepada mereka kecuali apa yang Engkau perintahkan kepadaku (mengatakan)nya yaitu: "Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhanmu", dan adalah aku menjadi saksi terhadap mereka, selama aku berada di antara mereka. Maka setelah Engkau wafatkan aku, Engkau-lah yang mengawasi mereka. Dan Engkau adalah Maha Menyaksikan atas segala sesuatu. (Surah Al Maa'idah ayat 116-117)

Nabi Isa a.s sendiri menidakkan dirinya anak Allah s.w.t, jadi mengapa kita masih mahu membenarkan kalimah Allah dirujuk kepada Tuhan Bapa didalam ajaran kristian?

Tapi mengapa masih ada segelintir orang islam yang lupa atau buat buat lupa akan hal ini?

Mengapa mereka tergamak bersama orang kafir mempersendakan kesucian agama islam?

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.

PKR, PAS DAP Adalah RASIS!! Kerajaan Pakatan Kerajaan Zalim

Ketika Islam Dicabar, Rasullullah s.a.w Di Hina, Bangkitlah Wahai Umat Muhammad Demi Mempertahankan Akidah Dan Kebenaran Yang Diyakini

2 comments:

asemalpg said...

Pada suatu hari ketika besiar-siar di kota perut pula terasa lapar, selepas mencari-cari kedai untuk makan tengah hari saya telah terlihat sebuah restoran tak jauh dari tempat saya berdiri. Didalam restoran tersebut dindingnya dihiasi dengan kalimah ALLAH dan saya yakin telah menemui restoran orang islam yang menyediakan makanan yang halal. Selepas membeli selesai menjamu selera saya pergi ke kaunter untuk membayar harga makanan. Di kaunter tersebut saya mendapati pekerjanya memakai salib kristian. Apabila ditanya restoran tersebut menyediakan makanan halal atau tidak, jawabnya tidak. Kemudian saya bertanya kenapa dalam restoran dia terdapat banyak kalimah ALLAH, dia berkata itu kan ker nama tuhan dia. Rupa-rupanya saya tertipu, telah termakan makanan haram.
Mugkinkah perkara seperti ini akan berlaku??? fikir-fikirkan lah.

alan said...

jika perkara sebegitu berlaku, sudah pasti negara tak akan aman lagi.orang islam disini berlainan dengan sensitiviti orang islam di indonesia.

tapi rasanya belum lagi melihat kedai orang kristian yang memaparkan imej kristian kecuali kedai mamak dan orang hindu yang mempermainkan ayat Al Quran.