Geng Bas Sekolah

December 28, 2009

Lapan maut ketika Asyura


TEHERAN: Lapan penunjuk perasaan, termasuk anak saudara pemimpin pembangkang Mir Hossein Mousavi terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Teheran semalam ketika pihak pembangkang menggunakan upacara berkabung Syiah sebagai kesempatan mengadakan bantahan antikerajaan.

“Hari ini pada tengah hari Seyed Ali Mousavi, anak saudara Mir Hossein yang berusia 35 tahun ditembak berhampiran jantungnya di medan Enghelab dan syahid di hospital Ebnesina,” kata laman web Parlemannews yang dikendalikan kumpulan reformis di Parlimen Iran.

“Pada masa ini Mir Hos-sein Mousavi, ketua Pergerakan Hijau dan beberapa tokoh politik berada di hospital,” lapor laman web itu.


Sebelum itu, polis Teheran menafikan ada yang terbunuh dalam pertempuran dengan penunjuk perasaan itu.

“Setakat ini kami tidak menerima sebarang laporan mengenai sesiapa yang terbunuh,” kata ketua polis bandaraya Teheran Azizollah Rajabzadeh kepada agensi berita, ISNA.

Laman web propembangkang, Rahesabz.net melaporkan pertempuran itu berlaku berhampiran jambatan College di tengah jalan Enghelab.

Media asing dilarang melaporkan secara terus dari tempat demonstrasi itu berlangsung sejak pilihan raya presiden yang dipertikaikan Jun lalu.

Laman web Jaras melaporkan sekurang-kurangnya empat terbunuh dalam pertempuran itu dan kedengaran bunyi tembakan di kawasan tengah Teheran tidak jauh dari tempat kejadian.

“Bunyi tembakan kedengaran di dataran Enghelab. Penunjuk perasaan melaungkan ‘Matilah Diktator’, katanya.

Laman web sama terdahulu menyatakan pasukan keselamatan menembak gas pemedih mata bagi meleraikan penyokong pembangkang di Teheran.

Menurut saksi, ada ramai anggota keselamatan dan penyokong pembangkang di tengah Teheran.

“Polis menghalang penunjuk perasaan daripada berada rapat antara satu sama lain,” katanya.

Saksi lain menyatakan beribu-ribu rakyat Iran prokerajaan turut mengadakan perhimpunan di Teheran.

Pihak berkuasa memberi amaran kepada pihak pembangkang daripada mengambil kesempatan majlis berkabung Syiah pada 26 dan 27 Disember dengan mengadakan bantahan terhadap kerajaan. - AFP/Reuters

2 comments:

YANG GAMBI said...

Salam Yb Raz, budak-budak macam Haziq ni telah terlalu taksub dengan ajaran PAS sejak kanak-kanak, mereka tidak nampak dan sedar dengan permainan pemimpin PAS... InsyaAllah demi kebenaran Allah akan memberi pertunjuk kepada mereka....

Kawan sudah beri komen dalam blognya....

Yb Raz said...

memang hujah dia mengunakan ayat quran itu benar tetapi aku juga tahu kalau kita tak laksanakan hudud, ia bukanlah satu dosa besar. banyak lagi permasalah besar yang boleh umat islam fikirkan daripada bergaduh sesama sendiri mengenai hudud.

dan aku tak percaya langsung pada parti pas. walaupun pas menang parlimen sekalipun, pas tetap tak akan laksanakan hudud.

kita boleh nampak pada kelantan dan terengganu dulu. aku malas nak berhujah kalau dah masuk ayat quran. sebab kita bukan nak cari permusuhan sesama islam.