Geng Bas Sekolah

December 28, 2009

Hospital Kerajaan HamPAS

SAYA ingin memberikan cadangan kepada kerajaan iaitu amat perlu dirombak semula jadual kerja atau perkenalkan semula sif-sif kerja bagi kakitangan kerajaan yang bertugas di bahagian hadapan seperti di hospital-hospital besar sama ada di bandar ataupun di luar bandar serta semua klinik kerajaan yang berjauhan dengan hospital daerah.

Ini berikutan daripada beberapa peristiwa yang berlaku terhadap rakan saya dan juga dari pengamatan laporan-laporan akhbar.

Baru-baru ini, seorang ayah kepada rakan rapat saya telah mengalami stroke tahap rendah namun hampir separuh badannya tidak dapat digerakkan.

Jiran-jiran kampung telah menghantar ayahnya ke hospital yang berdekatan iaitu Hospital Kluang, Johor.

Oleh sebab kejadian tersebut berlaku pada petang Jumaat, maka pihak hospital telah menahan ayah rakan saya ini untuk sementara waktu bagi menunggu hari Isnin untuk membuat tindakan selanjutnya iaitu membuat pengimejan (x-ray).

Alasannya, kakitangan yang bertugas (jabatan x-ray) tidak bekerja pada hari Sabtu dan Ahad.

Kebetulan kesemua anaknya telah pun pulang dan berjumpa doktor yang bertugas bagi mendapatkan keputusan rawatan awal, namun doktor kerajaan tersebut tidak dapat membuat apa jua keputusan selagi tidak mendapat laporan x-ray dan terpaksa menunggu hari Isnin.

Atas nasihat doktor tersebut, keluarga telah membawa pesakit ke hospital swasta yang berdekatan bagi mendapat rawatan segera.

Hasil laporan x-ray, doktor menyatakan telah berlaku pembekuan darah di dalam otak dan masih sempat jika dibuat tindakan segera kerana masih baru. Alhamdulillah, setelah beberapa tindakan segera daripada doktor swasta, maka tidak sampai tiga minggu ayah rakan saya dapat menggerakkan tangan serta sudah boleh bangun.

Jika tidak membuat tindakan segera, saya yakin akan berlaku kompilasi yang lebih teruk kerana doktor bertugas perlu mendapatkan laporan x-ray terlebih dahulu sebelum membuat tindakan selanjutnya.

Apa yang ingin saya kongsikan daripada peristiwa itu ialah jika rakyat yang mengalami sakit tersebut adalah orang miskin atau orang kurang berkemampuan maka kemungkinan pesakit menghadapi masalah lebih teruk jika dia jatuh sakit pada hari cuti umum, sedangkan pesakit perlu diberi rawatan segera.

Oleh itu, saya merayu kepada pihak Kementerian Kesihatan supaya melakukan perubahan segera bagi memastikan semua jabatan berfungsi setiap masa. Janganlah kerana ada seorang kakitangannya bercuti maka lumpuh operasi untuk menyelamatkan nyawa rakyat yang kurang kemampuan atau miskin.

Masalah ini juga sering berlaku kepada pesakit jantung di sebuah hospital kerajaan di ibu negara. Jika mereka bukan orang kenamaan serta tidak membuat temu janji awal, sukar mereka mendapat tempat, sedangkan pesakit tersebut perlukan rawatan segera.

sumber utusan malaysia



Aku Kata

Inilah antara masalah yang masih melanda hospital hospital kerajaan. Waktu menunggu doktor dah makan masa sejam lebih. Suasana hospital macam hospital tahun 50 an. Dengan keadaan sesak, doktor tak ramai, jururawat banyak berborak dari berkerja.

Susah sangat ke nak ubah hospital kerajaan ini semua? Pada aku, nak ubah bukanlah kena bina banyak hospital baru tetapi orang yang bekerja disitu perlu diganti orang baru.

Semua orang tahu, kakitangan kerajaan adalah antara pekerja yang paling hamPAS. Paling teruk. Tempat lambakan orang tak berkualiti. Suka ponteng, kerja lambat, banyak bercakap. Malah sikap pegawai atasan turut sama buruknya.

Semua masalah ini tak selesai sebab apa? Sebabnya mereka ini susah dibuang kerja. Selagi mereka menikmati "bonus" ini, selagi itulah mereka tak akan berubah. Kerajaan harus ubah polisi ini. Setarafkan pekerja kerajaan dengan swasta. Bukanlah susah nak cari pekerja baru.

Mengapa harus disimpan lagi pekerja yang buruk akhlak dan rendah moralnya. Buangkan saja pekerja ini. Tak payah nak tukar tukar daerah buat mereka. Sebab itulah graduan susah mendapat peluang kerja sebab kerajaan banyak menyimpan "orang rosak" sebegini.

4 comments:

Haziq Al-Fateh said...

Saya dah buat bidasan hujah. Saya harap YB raz dpt bidas segala hujah2 saya dgn rasional Jgn kecut perut pula.

Saya tau hujah bidasan saya agak panjang. Ttp kalau YB Raz nakkan kebenaran tolong baca hujah yg saya tulis. Saya harap YB Raz kesiankan saya yg dah tulis panjang2. Saya harap YB Raz dpt memberi respon yg baik.

Anonymous said...

Salam:
Nampak nampaknya, orang2 yg tak berada, orang2 miskin yg kebnyakkan orang Melayu lah yg banyak mati macam insiden seperti yg saudara utarakan. ishh ishh ishh ishh kesian orang Melayu, di bumi nenek moyang sendiri mendapat layanan yg sebegini. Itupun orang2 Melayu yg menyokong Parti PKR dan PAS masih nak jadi samsemg kampong dusun. Yg senang lenang dan tertawakan lah sudah tentu orang2 yg kaya raya seperti orang2 DAPig dan saudara mara komunis mereka dan Yahudi mamfuz dan juak2 nya. Sedarlah dan insaflah bangsaku, jangan kerana ikut hati Yahudi kamu, bangsa dan negara tergadai, pokemon2, dajjal2, komunis2 dan Yahudi mamfuz yg tergelak kesukaan.

Jeepers Creepers said...

insyaallah saya akan jawap

datuk said...

Satu perkara yang menghairankan bagaimana ini boleh berlaku. Sewaktu saya bertugas di hospital kerajaan dulu, sememangnya akan ada seseorang yang bertugas "on call" untuk melakukan kerja yg berkenaan. Mungkin ia mengambil waktu lebih sedikit kerana orang yang bertugas tersebut perlu dipanggil serta datang ke hospital. Orang yang sakit tidak mengenal waktu olehitu yang bertugas di hospital (doktor serta lain-lain) mesti ada!
Sememangnya waktu menunggu di hospital adalah lama, dan ia adalah sememangnya ada ramai pesakit. Tiada cara lain yang boleh membantu selain dari menambahkan lagi jumlah kakitangan yang bertugas. Bukan hany Doktor yang mesti ditambah tetapi jururawat serta lain-lain petugas perlu ditambah. Di hospital yang saya berkhidmat dulu, sering kali kes pembedahan yang tertunda sehingga ada yang menunggu lebih 6 bulan sebelum boleh dibedah. Alasannya adalah tidak cukup staff dewan bedah walaupun bilik dewan bedah ada yang kosong.