Geng Bas Sekolah

November 8, 2009

Tembok Berlin & Tembok Pakatan

Kelantan kalah 3-1 kepada Negeri Sembilan malam tadi. Padan muka kalah. Orang PAS mengamuk lagi bila kalah. Ala dah jadi tabiat pengganas akan mengamuk kalau kalah. Tak heranpun sebab pemimpin merekapun dah macam tu.



Sikap buruk pemimpin mereka sehingga sanggup membuat bai'ah menceriakan isteri talak 3 kalau sokong parti lain. Patutlah Nik Aziz marah benar kalau ada orang sebut nak berbaik dengan UMNO. Rupanya takut hilang bini. Dan sebab itu juga ada beberapa pihakpun taknak ada orang PAS yang sebut perkara ni. Sebabnya dah terlanjur buat bai'ah yang sia sia. Padan muka korang. Bodoh lebih bodoh dari lembu.

Dan esok adalah ulang tahun ke 20 runtuhnya tembok berlin. Tembok yang memisahkan rakyat Jerman dan idealogi yang berbeza. Tanggal 9 November 1989, adalah tarikh yang diingati oleh rakyat Jerman dan seluruh dunia. Tarikh yang menandakan berakhirnya kuasa komunis dunia iaitu Soviet Union.



Keruntuhan Tembok Berlin dilihat sebagai kemuncak keruntuhan komunis yang menguasai Eropah Timur. Ini adalah satu peristiwa politik dunia yang sangat besar selepas hampir setengah abad berakhir Perang Dunia Kedua. Keruntuhan negara-negara blok komunis ini juga membawa kepada kejatuhan Kesatuan Soviet yang kini hanya tinggal Rusia.

Namun di Malaysia, sudah ada tembok pemisah diantara rakyat. Bukan saja diantara kaum malah sesama kaum sendiri juga ada tembok pemisah. Orang melayu khususnya mempunyai tembok ini. Satu pihak yang menyokong kerajaan dan satu pihak lagi yang menyokong pakatan.

Dipihak penyokong kerajaan, tembok ini tidak begitu sukar dipecahkan kerana majoriti mereka berfikiran terbuka. Boleh menerima kritikan dan salam persabahatan dari orang pakatan tetapi dipihak pakatan, tembok ini lebih tinggi dan kukuh dari tembok China.

Tembok orang pakatan adalah disebabkan rasa ego dan bencinya mereka kepada kerajaan yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan negara. Sikap pemimpin mereka yang suka menyebarkan fitnah juga turut menyumbang kepada pembinaan tembok kejahilan orang pakatan ini.



Kalau tembok Berlin itu boleh kita lihat dan senang dipecahkan, tetapi tembok didalam hati orang pakatan ini adalah lebih susah kerana ianya kita tak nampak. Hanya tuan empunya diri saja yang boleh memecahkan tembok itu melalui pembersihan hati dan fikiran.

Semoga Allah s.w.t memberikan hidayah kepada kita semua dan melindungi kita daripada segala mala petaka. Dan semoga Allah s.w.t membuka hati orang pakatan untuk menerima kebenaran.

No comments: