Geng Bas Sekolah

November 19, 2009

Mat Indera Pejuang Melayu

  • Nama penuh: Ahmad bin Indera, berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara husin lela pahlawan siak seri inderapura yang menjadi panglima kanan sultan sharif di siak.

  • Memiliki sifat terpuji seperti lemah lembut, peramah, mudah tersenyum, suka melawak, tidak mudah marah dan tidak gemar menyakiti hati orang lain.



  • Seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. berguru kepada kiayi haji fadzil bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat dymm sultan ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di kampung gombak, peserai, batu pahat.

  • Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan bertugas sebagai seorang guru agama di parit setongkat, muar. Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris.

  • Menjadi ahli sayap pemuda parti kebangsaan melayu malaya (PKMM) yang dipimpin dr burhanuddin al-helmy dan ishak haji mohammad, dikenali sebagai angkatan pemuda insaf (API), atau dikenali sebagai angkatan pembunuh inggeris oleh golongan pemuda fanatik

  • Mat indera telah masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerila pada bulan jun 1948, mungkin terpengaruh dengan perjuangan indonesia menentang belanda, dan bergerak di daerah muar, sekitar kawasan lenga, pagoh, jorak, bukit kepong dan poris. satu2nya gerila di hutan ialah kumpulan orang2 cina dikenali sebagai bintang tiga.

  • Nak taknak mat indera perlu membina hubungan dengan mereka sebagai pelindung walaupun hakikatnya matlamat perjuangan berbeza, lalu mat indera dicop sebagai komunis yang ganas, berbahaya dan tidak beragama. Mat indera menjadi ketua komunis melayu bagi daerah muar,batu pahat dan melaka.

  • Dikaitkan dengan peristiwa serangan balai polis bukit kepong. sebaliknya menurut saksi, seorang anggota polis marin bernama abu bakar yang terselamat dalam serangan, mat indera tidak menyerang, sebaliknya melindungi dan menyelamatkan keluarga anggota polis.

  • Mat indera memang bertanggungjawab mengarahkan serangan tetapi arahan yang diberikan ialah untuk menangkap beberapa orang anggot polis yang berjudi dan mabuk pada malam tahun baru cina, sebaliknya orang2 cina di bawah arahan beliau telah membuat pakatan rahsia dan mengingkari perintah lalu membakar dan membunuh polis.

  • Inggeris ambil kesempatan untuk mengukuhkan dakwaan keganasan mat indera, lalu menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. mat indera dikatakan mempunyai ilmu ghaib dan telah beberapa kali terlepas daripada tangkapan.

  • Namun salah seorang pengikutnya bergelar mat tukyo telah ditangkap inggeris dan dipujuk utk menangkap mat indera. mat tukyo berunding dengan 2 org lagi bernama beladang dan misban. bersetuju menerima tawaran setelah permintaan mereka untuk diberi ganjaran sekeping tanah untuk tapak rumah dan kebun diterima oleh inggeris.



  • Pada malam 14 oktober 1952, mat indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkan rasa ngantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. Tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

  • Mat indera dipamerkan. ada yang suka, ada yang sedih. beliau dipenjarakan di beberapa tempat, dari batu pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. dalam penjara didera. Akhirnya hukuman gantung sampai mati dilaksanakan pada jam 11 malam 30 januari 1953 di penjara taiping. Ke esokan hari, dikebumikan di kampung jambu air, taiping.

P/S: Aku tahu memang ramai yang berdendam dengan komunis. Disebabkan dendam, anda sabitkan sesiapa dengan komunis adalah penjahat. Tetapi bagi aku, penjahat yang sebenar adalah orang Inggeris. Kerana mereka yang mula menjajah negara ini.

Malangnya setelah lebih 50 tahun merdeka, masih ramai rakyat Maalaysia yang terjajah minda. Masih cium jilat bontot orang Inggeris. Kalau tak percaya, tengoklah semasa Premier League. Bersepah rakyat Malaysia yang sanggup menonton dan menyokong orang Inggeris. Belum lagi time MU lawan Malaysia di stadium Bukit Jalil. Lebih ramai penyokong MU seolah olah MU bermain di negara sendiri.



Orang Inggeris menceroboh dan membunuh orang Afganistan dan Iraq, orang Malaysia masih bersuka ria. Orang Inggeris menghina islam dan mencampak Al Quran ke dalam tandas di Penjara Guantanamo, orang Malaysia masih terkinja kinja menyokong orang Inggeris.

Kalau aku cakap orang Malaysia bodoh, anda marah. Tapi itulah hakikatnya. Minda masih lagi terjajah dengan Inggeris. Segala perjuangan orang terdahulu telah sia sia...

Terpulanglah kalau anda semua mengatakan semua komunis tu jahat. Tetapi bagi aku, orang melayu seperti Mat Indera, Shamsiah Fakeh, Dr Burhanuddin al-Helmy dan lain lain adalah pejuang. Walaupun tak di iktiraf sebagai pejuang kermerdekaan, sekurang sekurangnya mereka pejuang menentang Inggeris.

10 comments:

YANG GAMBI said...

Salam YB Raz, terima kasih di atas info tersebut..... dan perlu diperbetulkan.... walau bagaimana pun sedikit sebanyak terpalit juga dengan pahlawan ini kerana bersama PKM. Terima kasih

YANG GAMBI said...

YB Raz, telah kawan ubah beberapa fakta dan ayat dalam artikel kawan....

Anonymous said...

butuh la lu. bila masa mat indera dah jadi macam robin hood. dah la tu kau cuba kait kan fakta premier league utk menghalal kan matlamat kau tu.
matlamat menghalal kan cara. mashallah. org yg patut kena tembak kau la. putar belit kan fakta sejarah. pernah dengar ke mat indera sendiri masak org dlm air panas sebab tak bayar hutang cina? tu namanya nak perjuangkan org melayu?
bila masa org bukit kepong kaki minum dan judi?
artikel sial!

yb Raz said...

hahaha memang aku da agak ade anon sial yang cuba nak jadi hero..biarkan si luncai terjun dengan labu labunya hahaha

yb Raz said...

terima kasih kerana sudi dtg yg gambi..ini semua sekadar info dan pandangan peribadi aku..terpulanglah kalau nak terima atau tidak..

Anonymous said...

Saya adalah anak saudara kpd arwah Mat Indera. Terima kasih kpd saudara Raz. Mmg ramai yg telah memutarbelitkan fakta sbenar berkenaan arwah, kerana tidak mgenali beliau dan meneliti pjuangan beliau. Beliau tidak pernah mbunuh sesiapa. Tfikirkan kamu, siapa yg myempurnakan jenazah org Melayu/Islam dlm hutan? Siapakah yg mberi maklumat dalaman kpd org Melayu yg bijak pandai di luar hutan? Siapakah penenang dan mengimbang kpd kganasan komunis? Pernahkah kamu btanya, berapa bnyk nyawa2 yg beliau telah selamatkan? Siapakah yg paling sedih dgn tertangkapnya beliau? Mengapakah hanya Sultan Perak sahaja yg mcemar duli beliau mnandatngani surat hukum gantung?? Pernah di cetak dlm media massa, beliau bukanlah 'org jahat' spt yg sangkakan, hanya yg cetek pmikiran menidakkan fakta tsebut. Sbelum pbikinan movie Bkt Kepong, pihak penerbit telah mghubungi keluarga kami. Semasa serangan BK, arwah mmg tiada di tpt kejadian. Movie adalah movie, salah satu saluran hebahan berbentuk hiburan.. "Mat" dlm movie tsebut smasa serangan bukanlah arwah. Sama juga dgn movie "Black Hawk Down". Di manakah melayu yg sbenarnya menggadaikan nyawa semasa last attempt to save the americans?

Jeepers Creepers said...

anon: saya juga tidak tahu banyak mengenai arwah. kerana cerita mengenai arwah tidak banyak diperkatakan.

tetapi mengikut cerita yang saya baca, ada juga orang melayu yang menyokong arwah..malah mereka menggambarkan arwah sebenarnya tidak jahat seperti yang inggeris kata.

ini menguatkan kepercayaan saya bahawa tidak semua komunis melayu itu jahat..malah ramai antara mereka difitnah oleh inggeris.

Anonymous said...

Salam.. Benar, tidak semua komunis melayu itu jahat. Saya mdapat cerita dri arwah nenek, ahli keluarga semua. Atas ketakutan thadap beberapa Melayu yg ada dgn dsulami oleh tokok tambah yg tidak benar (sifat semulajadi manusia), the Brits mlancarkan beberapa siri propaganda dimana nilai habuan yg dberi ketika itu amat bodoh utk dtolak. Tambahan dari ibu saya (hanya 2 sahaja lg adik beradik arwah yg masih hidup), arwah dtg kemudiannya selepas BK dserang, dmana beliau telah turut sama myelamatkan beberapa nyawa Melayu. Generasi selepas beliau hanya mdengar, mbaca cerita tanpa berada di tpt kejadian. Selepas blaku kjadian tsebut, arwah ada balik ke rumah di mana emak saya berada. Duduk bsama keluarga bawah rumah dah bcerita. Selepas mjamah makan malam, beliau kembali ke dlm hutan 'ada urusan yg harus di buat'. Selepas waktu2 itu, arwah ada kembali beberapa kali shingga keluarga mdapat tahu beliau dtangkap atas perangkap dengan kopi bcampur kerubung spt yg saudara Raz nyatakan..

Anonymous said...

Salam saudara Raz.. Jika tidak salah saya, picture kedua awak adalah Pak Cik saya - Johan (pesara JKR) bin Indera yg kini berada di Yong Peng. Saya masih belum bkesempatan utk menunjukkan kpd emak saya lg. Beliau berada di JB. Pak Johan adalah satu-satunya adik lelaki arwah (anak yg bungsu) yang masih hidup dari ibu dan bapa yang sama. Emak saya dari ibu yang lain, isteri kepada arwah Tok Indera. Sekiranya saudara perlu memaparkan komen saya yg tadi, dpt diperbetulkan in the line of the pasal adik beradik. Yg benar, tinggal ibu saya 3 beradik dri 4. (Arwah Pak Othman - bekas askar melayu, ibu saya, Busu Saadiah dan Pak Baharom - bekas askar melayu). 3 + 1 = 4 beradik yg ada.

Jeepers Creepers said...

terima kasih diatas info anda..berkenaan gambar yang kedua, saya hanya dapat daripada internet.