Geng Bas Sekolah

November 2, 2009

Aku Sokong Dr Asri

Aku tak faham perangai orang orang JAIS ni. Lain yang disuruh buat, lain yang dibuatnya. Penangkapan Dr Asri, bekas Mufti Perlis di rumah salah seorang penduduk. Beliau ditahan atas tuduhan melakukan ceramah tanpa kebenaran.

Apa punya bodohlah JAIS ni. Takkanlah seorang bekas Mufti masih tidak mempunyai kebenaran untuk menyampaikan ceramah. Aku bukan nak merendahkan tahap profesional JAIS. Aku cari banyak maklumat di blog BPN, pembangkang dan laman web Dr Asri sendiri.

Banyak yang meragukan tentang penangkapan beliau. Malah ada yang menuduh beliau wahabi. Bagi aku, dia bersifat neutral. Dr Asri adalah seorang tokoh ulama generasi baru. Tidak berpihak pada pembangkang atau kerajaan. Siapa salah, dia tegur. Malah Dato Seri Najib sendiri kesal dengan isu ini.

Ada orang cakap yang PAS ada kaitan dengan isu penangkapan beliau. Aku tak berani nak tuduh siapa. Tapi aku berani cakap AKU SOKONG DR ASRI.

Selain itu, ada beberapa pihak yang memang tak suka kepada beliau dan menentang pelantikan beliau sebagai pengerusi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Atas alasan yang beliau ini menyokong wahabi dan ekstrim.

Nampaknya semuanya kerana politik. Ada pihak yang tak puas hati maka beliau "dicantas". Inilah sikap buruk segelintir pihak yang kononnya menyokong Islam. Tapi hati penuh hitam. Mungkin kerana sikap Dr Asri yang tidak berpihak kepada sesiapa, jujur dan berterus terang menentang kemungkaran menyebabkan segelintir "orang agama" ini kepanasan. Kepanasan kerana takut kehilangan jawatan dan harta.


Kalau nak dikatakan beliau menyampaikan ceramah tanpa kebenaran, bagaimana pula dengan Dr Xavier yang diberi kebenaran berceramah di dalam MASJID.

Didalam apa?

DALAM MASJID!!




Nak tahu lebih lanjut, baca disini. (klik sini)

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, ada blog pro pembangkang seolah-olah menuduh kerajaan UMNO-BN yang menaja penangkapan Mohd Asri.

Biasalah tu...masakan mereka tak tahu, Selangor dibawah kerajaan pakatan rakyat yang mana Dr Hasan Ali adalah Exconya, sepatutnya pihak JAIS lebih peka dengan isu ini kerana kerajaan pakatan yang menentukan arahan penangkapan.

Mengapa mesti timbul isu sebegini dalam penangkapan tersebut...

Al-Yasar said...

Salam,

Penangkapan Dr.Asri jelas merupakan penangkapan terpilih yang mungkin didalangi oleh orang-orang yang ada agenda tertentu.

Jika tidak, mengapa bekas artis, tokoh politik dan "pendakwah bebas" yang begitu banyak berceramah di Selangor, termasuk di masjid, tidak diambil apa-apa tindakan?

Yb Raz said...

memang aku rasa mereka agenda tapi aku tak tuduh sesiapa. Dr Asri pun tak nak cakap lebih.

agenda mereka sama ada nak burukkan kerajaan ataupun kerana dendam pada Dr Asri.

Sama sama kita tunggu kebenarannya. Jan ji Allah itu benar. Setiap yang batil pasti akan musnah.