Geng Bas Sekolah

October 9, 2009

Teruskan Perjuangan

Walaupun sebelum ini aku menyatakan mana mana pemimpin yang didapati bersalah tidak harus dipilih semula namun diatas desakan rakyat yang masih sayangkan beliau, aku tak akan membantah. Ini bertepatan dengan kehendak rakyat dan akar umbi di Bagan Pinang. Sebagai ahli, aku harus akur kepada pucuk pimpinan berdasarkan suara majoriti.

Oleh itu marilah kita teruskan perjuangan menentang Pakatan. Kita serang mereka habis habisan. Jangan bagi peluang pada mana mana syaitan untuk menghasut penduduk Bagan Pinang. Kepada semua jentera parti BNyang sudah berada disana, giatkan lagi usaha anda. Meriahkan suasana dengan poster dan banner BN. Rapat semua lapisan masyarakat tanpa memilih bulu walaupun mereka adalah ahli keluarga pembangkang.



Tunjukkan akhlak yang baik kerana itu bertepatan dengan ajaran Islam. Bukan dengan keganasan seperti ajaran PAS. Bukan setakat keganasan malah cerita komedi ala Anwar turut menjadi tayangan PAS.

Cuma yang aku risau adalah mungkin undi pos akan berubah sedikit akibat pendedahan bekas tentera tempoh hari. Namun segala kita serahkan kepada Allah s.w.t. Kita sudah berusaha dan berdoa namun segalanya adalah ketentuanNya.


Dahulu PAS kata UMNO kafir kerana berkawan dengan MIC, MCA tetapi kini PAS Lebih KAFIR kerana sanggup gantung gambar cina mati di leher

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam, kawan amat setuju dengan pandang YB Raz, sebagai pejuang kebenaran, kita harus akur dengan kehendak rakyat akar umbi. Kalau TS Isa boleh diterima masyarakat setempat kerana sikap kepimpinan berjiwa rakyatnya, mengapa ada ahli-ahli UMNO-BN lain yang kononnya terlalu bersih harus memusnahkannya. Masih ramai petualang dlam UMNO-BN lebih dasyat dari TS Isa yang berlagak pejuang....kalau nak di ambil kira.

Menilai komen sdr Mudz, kawan perhatikan dia melepaskan rasa keciwa bukan atas dasar ingin melihat UMNO bersih, tetapi lebih kepada rasa tidak puas hati di atas sebab lain, pertama mungkin kerana keciwa tidak dapat jadi calon, ke2 keciwa kroni atau orang kuat tak jadi calon. Kalau keikhlasan dari hati, beliau harus cari cara lain meluahkannya dan bukan cara menjahanamkan UMNO-BN. Boleh jadi Mudz ini slah satu daripada musang-musang yang ada dalam UMNO.....

Yb Raz said...

apa kabar yang gambi..

pada aku, muaz ni hanya munafik je..konon konon bersimpati dengan perjuangan umno tapi berhasrat nak hancurkan umno dari dalam..golongan sebegini sudah wujud sejak zaman Rasullullah s.a.w lagi.

jangan perdulikan cadangan tak masuk akal dia. aku sengaja biarkan komen dari anon,pengkritik umno lepas dalam komen sebab mahukan keadilan untuk semua.

sekurang kurangnya aku sediakan peluang untuk mereka meluahkan perasaan hehehe..

Anonymous said...

kesian lebai pas yg gantung gambar cina mati kat leher tu..

dah rupa van mayat dah..

kesian... tengok gambar nik aziz dapat pahala

gantung gambar cina pun dpt pahala ke?

mungkin dpt pahala.. boleh rujuk bible pas edisi terbaru!