Baru sebentar tadi Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menang pada pilihan kecil DUN Bagan Pinang dengan memperoleh 8,013 undi dan mengalahkan calon PAS Zulkifly Mohamad Omar memperoleh 2,578 undi.
Alhamdullillah UMNO menang akhirnya. Inilah yang dimahukan oleh rakyat apabila suara akar umbi didengar. Kalau kita hendak memilih seeorang maka pilihlah berdasarkan suara majoriti, bukan kerana mempunyai kepentingan peribadi.
Sejak mula kempen, PAS sudah dijangka kalah bukan saja oleh penyokong BN malah oleh penyokong PAS juga. Malah Anwar Ibrahim dan orang DAP juga seolah olah tidak memperdulikan pilihanraya kali ini. Mungkin kerana beranggapan ianya tidak memberikan keuntungan kepada mereka maka membiarkan PAS keseorangan.
Inilah yang perlu diterima oleh PAS kerana PKR dan DAP ternyata tidak mempunyai kesetian didalam pakatan. Apabila mereka didalam prk lepas, maka orang PAS digunakan untuk berkempen, merusuh dan sebagainya namun apabila tiba saat PAS mahu bertanding, mereka dibiarkan sendirian.
Sedarlah orang PAS. Aku bukan nak anda semua masuk UMNO tapi fikirlah sendiri. Mereka susah anda tolong, tapi anda susah mereka langsung tak peduli.
5 comments:
kemenangan BN hari ini bukan bermakna sokongan terhadapnya telah pulih..
BN jgn leka...
usaha lebih gigih untuk mendekati rakyat!
Alhamdulillah..Terlebih dulu den ucapkan tahniah buek TS Isa Samad & UBN. Lopeh ni kito dongar pulak lagu akademi fantasia Parti Ajaran Sesat.
1. Oh Pengundi Hantu
2. UMNO Yang Ganas
3. Oh SPR Yang Tak Telus
4. Cinta Ku 4 Kali Berkecai
4. Mengapa Demo Tolak Sorga Ku
Rakyat tidak selamanya menerima cramah penipuan, fitnah dan caci maki PAS-pakatan......
Rakyat telah menguji mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, ternyata mereka hanya pandai berhujah fitnah, tetapi tidak mampu melaksanakan janji-janji merreka.
Itulah balasan kepada pendusta......
1. Tahniah ADC ucapkan kepada BN kerana berjaya memenangi hati pengundi di Bagan Pinang supaya memilih BN sebagai wakil suara keramat mereka di kawasan ini. Tetapi, tahniah juga kepada sikap dedikasi, disiplin serta usaha kerja kuat para petugas BN yang tampak konsisten menghadapi provokasi serta celaan dari parti pembangkang yang lebih menjurus kepada kempen main-main kebudak-budakan.
2. Walau bagaimanapun, usah kita lupa dengan kemenangan ini kerana ia hanya bersifat sementara. Tetapi sebaliknya, permulaan bagi tugas berat yang menanti dihadapan sana selepas kita membuat pelbagai janji dan madah berhelah. Jangan kita sebaliknya selepas ini berubah menjadi lembu yang hanya berpegang kepada tali seperti mana terjadi kepada kerajaan PR.
3. Jadikan kemenangan ini sebagai titik-tolak untuk mencapai kejayaan yang lebih besar, memberikan khidmat yang lebih teratur, adil dan bijaksana, menutup segala tohmahan pembangkang, berdisplin, ikhlas serta jujur. Rakyat didahulukan, pencapaian senantiasa diutamakan. Insyaallah.
Syabas UMNO/BN - Dahulu, Kini dan Selamanya
terima kasih diatas pandangan anda semua. Aku sokong pandangan saudara ezad.
benar BN menang besar kali ni tapi harus diingat, ini kerana BN meletakkan calon orang tempatan.
Kebetulan calon itu pula memang ternyata benar benar bekerja untuk rakyat. kerana itulah BN menang besar.
BN tak sepatutnya leka kerana ini hanya permulaan. Masih banyak lagi peperangan yang perlu dihadapi.
Post a Comment