Geng Bas Sekolah

October 16, 2009

Keluarga Syaitan

SUNGAI PETANI 15 Okt. - Seorang lelaki mendakwa dia menjadi mangsa dendam keluarga mentua apabila isterinya yang masih sah telah dibawa lari dan dikahwinkan dengan lelaki lain.

Riddzuan Ahmad, 35, turut mendakwa, keluarga mentuanya itu sanggup mengarahkan isterinya berbohong mengatakan dia masih dara bagi membolehkan dia dinikahkan dengan lelaki pilihan keluarganya.

Lebih mendukacitakan, dakwanya, bapa mentuanya sanggup menjadi wali nikah anaknya itu yang sedang hamil sebulan lebih.

Peniaga peralatan komunikasi di sini itu mendakwa, kejadian itu berlaku di Felda Lurah Bilut, Pahang, kelmarin apabila dia menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada isterinya memaklumkan dia dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki yang juga berasal dari Kedah.

"Saya membawa pulang isteri ke rumah mentua di Taman Sidam Kiri, Selasa lalu selepas menerima panggilan telefon mengatakan ibu mentua saya sakit tenat dan ingin melihat isteri saya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.

"Tetapi apabila sampai di rumah, ibu mentua saya dilihat berada dalam keadaan sihat, manakala isteri saya ditahan dan tidak dibenarkan keluar rumah," katanya di sini hari ini.

Menurut Riddzuan, ketika itu dia turut membawa seorang anggota polis bersama sebagai langkah keselamatan kerana hubungannya dengan keluarga mentuanya itu tidak berapa baik ekoran mereka enggan menerimanya sebagai menantu kerana berkahwin di selatan Thailand pada Julai lalu tanpa restu.

Bagi tidak mengeruhkan keadaan, katanya, dia membenarkan isteri ketiganya itu tinggal bersama ibunya sebelum bercadang menjemputnya beberapa hari kemudian.

"Saya terkejut apabila menerima SMS daripada isteri petang Selasa lalu mengatakan dia dalam perjalanan ke Pahang.

"Dalam SMS itu juga, isteri saya turut memaklumkan dia akan dikahwinkan dengan lelaki yang juga merupakan kenalan saya sebaik sampai di Pahang keesokan harinya.

Dakwanya lagi, pada pukul 4.15 petang semalam, dia sekali lagi terkejut besar apabila menerima SMS daripada isterinya mengatakan telah dikahwinkan dengan seorang lelaki berwalikan bapanya sendiri dalam keadaan terpaksa bagi mengelak daripada dipukul.

"Wanita itu isteri saya yang sah, saya tidak menceraikannya dan dia tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain," katanya sambil menunjukkan dokumen perkahwinan dan surat nikahnya.

Katanya, dia tidak dapat mengesan isterinya sejak semalam dan percaya isterinya tidak dibenarkan berhubung dengannya.

Riddzuan membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Petani malam tadi kerana bimbang sesuatu yang buruk berlaku kepada isteri dan anak yang dikandungnya itu.

Yb Raz: Kalau cerita ini benar, aku sarankan orang kampung keluarga mertua Riddzuan ni belasah mereka sekeluarga dan halau mereka dari kampung berkenaan. Dan juga lelaki yang mengambil isteri orang itu juga patut dibelasah dan dikerat koneknya. Perangai macam babi. Babi pun tak perangai macam mereka.

3 comments:

Frodo Baggins said...

bodoh giler. ada gak spesis macam ni? giler haper anak tgh bunting x cerai kawenkan ngan laki laen. bowdow!!! jomm org2 kampoong belasah org2 mangkok tingkat nih!

Galo said...

laillahailallah...ape da jadi dgn dunia ni...

hanizam said...

banyak hutang kot..nak selesai, cara tu jelah..kawin...jantan tu pun bodoh, takan bini orang pun nak sapu....eh, lupa lak, dalam PR kan jadi hobi dorang...binimu, biniku jua...sapelah tu ye...