Geng Bas Sekolah

October 26, 2009

Hanya Kerana Dengki & Dendam

Semua rakyat Malaysia tahu tindakan Nik Aziz yang mahu mengadakan majlis syura adalah untuk membuang beberapa pemimpin PAS yang dikatakan pro kerajaan. Walau apapun tindakan beliau, semuanya hanya membuatkan kebenaran semakin jelas kelihatan.

Tindakan Nik Aziz ini hanya disebabkan dendam kepada kerajaan pusat diatas pergeseran politik suatu ketika dulu. Selain itu, beliau paling bimbang akan kedudukan dan pangkat beliau akan hilang kalau orang islam PAS dan UMNO bersatu.

Kerana itulah dia berusaha untuk menghalang sebarang perpaduan diantara umat islam di negara ni. Malah kalau boleh dia mahukan umat islam dinegara ini berbunuhan sesama sendiri dan mengangkat beliau setaraf wali.

Elok benar kalau Nik Aziz ini disingkirkan dari PAS. Hidup kalau kerana hasad dengki memang tak akan aman. Harap selepas kematian Nik Aziz nanti, PAS akan kembali semula ke pangkal jalan.

5 comments:

YANG GAMBI said...

Salam YB Raz, elok benar kalau PAS mengadakan EGM dengan menyingkirkan Nik Aziz serta geng-geng erdogan dalam pAS, mereka inilah yang menjadi makhluk perosak perjuangan PAS........ suruh mereka terus terang menjadi ahli PKR pulak.....

yb Raz said...

tapi rasanya jgn haraplah mereka nak buat. sebab nik aziz tu dah ibarat wali bagi mereka.

hanya perubahan dapat dilakukan selepas nik aziz tiada lagi di dunia ini ataupun dia rela hati nak berundur.

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Dendam kerana apa? Kerana tak dapat kerja dengan kemas dulu ker???

Anonymous said...

Ambo berpendapat bahwa Nik Aziz di biarkan kekalkan semua jawatan sebab kalu di pohon minta berhenti dengan paksa,banyak sangat kesan nya.
Lagi pun kita kena respek OT kan.
Kalu kita bagi orang susah satu riyal,kita tak miskin,dan kalu tak bagi,kita tak kaya.
Allah lebih mengetahui dari kita semua hamba mahklukNya.
HjMae Berek12.

alan said...

hal lama tak payahlah diungkitkan. sebenarnya akupun malas nak ambil tahu sangat pasal dalaman politik pembangkang, sekadar menyatakan secara luar masalah parti terbabit.

terpulanglah pada nik aziz sendiri nak gugurkan siapa cuma terkilan sebab orang tu digugurkan hanya kerana berpandangan bahawa PAS dan UMNO boleh bersama memajukan umat islam. itu saja salahnya.