Perbentangan bajet 2010 tadi mungkin ternanti nanti tadi. Kakitangan kerajaan sudah pasti berharap mendapat bonus tapi malangnya tak ada bonus untuk mereka. Kesian mereka hahaha..Diharap lepas ni janganlah jadi bodoh dengan menyokong pembangkang semata mata hendakkan bonus.
Dan tadi aku terfikir apa jadi dengan kes Lingam. Ala kes yang kononnya ada skandal pelantikan Hakim Mahkamah. Apa cerita sekarang? Rasanya dah dekat dua tahun senyap je kes ni. Tetapi sebenarnya banyak lagi kes kes yang pernah mengemparkan negara dahulu sudah senyap hilang.
Seolah olah ada konspirasi yang menutup kes ini dari dihebahkan. Mungkin ada kes yang selesai tetapi disenyapkan semata mata menjaga maruah pihak tertentu yang sudah pasti orang kaya dan berpengaruh.
Tapi aku pasti lebih banyak kes yang terus senyap dan yang tertuduh akan lepas begitu saja. Perkara sebegini banyak berlaku didalam mana mana kerajaan diseluruh dunia. Kalau tidak, takkan lah Hollywood boleh keluarkan banyak filem sebegini. Malah bekas Presiden mereka juga terlibat dengan banyak skandal.
Sebenarnya keadilan sudah tidak ada di untuk kes orang kaya dan berpengaruh. Kebanyakkan kes mereka akan disenyapkan dan dilupakan tetapi untuk kes rakyat biasa, mereka akan dikejar hingga ke lubang cacing.
Bukan nak menyokong penjenayah rakyat biasa tapi tolonglah bersikap adil dan telus kepada rakyat. Jangan ikan bilis terus ditangkap tetapi ikan jerung dibiarkan lepas.
1 comment:
Bayangkan 1.2 juta kakitangan awam bikin tsunami dalam PRU akan datang. Spin undi.
Kemudian, Pakatan Rakyat pula menjanjikan bonus sekurang-kurangnya dua bulan setiap tahun dalam manifesto mereka.
Jangan main-main ooo. Kerajaan boleh bertukar dek kerana bonus jika isu ini dimainkan dengan bijak oleh PR.
Post a Comment