Geng Bas Sekolah

September 23, 2009

Selamat Pulang Bekerja Hehehe

KUALA LUMPUR: Keadaan beberapa laluan di lebuh raya utara-selatan mulai sesak dengan pelbagai kenderaan berikutan warga kota sudah beransur pulang dari kampung halaman masing-masing.



Jurucakap Plus Expressways Berhad (PEB), berkata kenderaan mula menyusur lebuh raya kira-kira 2 petang dan keadaan semakin sesak sehingga lewat petang semalam.

“Walaupun tidak semua lebuh raya mengalami kesesakan namun pengguna di beberapa laluan terpaksa berhadapan dengan kesesakan di beberapa lokasi,” katanya.


Menurutnya, laluan di Changkat Jering agak sesak berikutan keadaan jalan raya berbukit di samping lebuh raya yang berubah daripada tiga menjadi dua lorong.

“Kenderaan yang banyak menyebabkan trafik perlahan ditambah pula dengan keadaan lebuh raya berbukit menyebabkan pemandu mengambil langkah berjaga-jaga dan memandu lebih perlahan,” katanya.

Menurutnya, kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Tapah turut sesak berikutan banyak pengguna memilih berhenti seketika di lokasi berkenaan menyebabkan berlaku masalah tempat meletak kenderaan.

No comments: