Geng Bas Sekolah

September 11, 2009

Pak Janggut & Pak Keris

Akhirnya keluar juga kenyataan sinis dari saudara Zulkifli Nordin. Didalam isu berhala ini, semua orang islam yang mempunyai kuasa adalah bersalah kerana tidak menjalankan tanggungjawap yang diamanahkan.

Apalah yang mampu dilakukan oleh penduduk seksyen 23 kerana mereka hanyalah rakyat biasa. Yang sepatutnya membela mereka adalah "orang orang besar" dari parti tok janggut dan parti keris.

Sudahlah orang keris kehilangan kuasa di Selangor, sepatutnya orang tok janggutlah yang beriya iya menghalang pembinaan berhala berkenaan. Sebaliknya orang tok janggut pula ada yang sanggup menyelewengkan Al Quran semata mata mahu menegakkan berhala tersebut.

Khalid harus bijak membuat keputusan walaupun kita semua tahu yang dia sememangnya tak pandai langsung mentadbir negeri. (aku x cakap dia bodoh aaa).

Di bulan ramadhan ini, renungkan lah kedalam diri sendiri..adakah pembinaan berhala itu bermanafaat buat penduduk islam seksyen 23 dan lebih penting adakah ianya akan memberi pertolongan kepada diri sendiri sewaktu di padang masyar nanti....

4 comments:

Al-Yasar said...

Salam,

Orang Melayu memang sudah terbiasa mengalah. Jadi parti mana pun memerintah, akhirnya penduduk Melayu di Shah Alam akan terpaksa juga menerima pembinaan kuil, sama ada di seksyen 23,sebagaimana yang dicadangkan oleh kerajaan PR atau di seksyen 18 atau 22 sebagaimana cadangan asal Khir Toyo.

Jeepers Creepers said...

tetapi ianya tidak dibina dikawasan majoriti penduduk melayu islam..kena faham betul betul saudara..majoriti...

Jeepers Creepers said...

Dato Khir tidak cadangkan dibina di kawasan majoriti melayu islam..

Al-Yasar said...

Salam Sdr. YB.Raz,

Saya hanya terbaca dalam surat khabar bahawa kawasan yang telah dipilih (dicadangkan?) oleh Dato Khir ialah Seksyen 18 atau 22. Adakah kedua-dua kawasan itu bukan kawasan majoriti Melayu Islam?