Geng Bas Sekolah

September 15, 2009

Perutusan Khas Aidilfitri




Assalamualaikum Buat Semua Pengunjung

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang, aku mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin buat semua pengunjung.

Buat anda yang pulang ke kampung halaman, dinasihatkan supaya memandu dengan berhati hati dan berhemah. Anda harapkan ibu bapa anda menyambut anda dengan rasa gembira, bukannya dengan perasaan sedih apabila hanya jenazah anda yang sampai ke kampung nanti.

Walaupun kita masih bergelut dengan masalah ekonomi, namun alhamdullilah nasib kita masih baik. Kita masih mempunyai wang untuk dibelanjakan sempena syawal nanti. Bersyukurlah ke hadrat Ilahi kerana nasib kita lebih elok berbanding rakyat Indonesia yang sanggup terpekik terlolong "sweping malaysia" semata mata mengharapkan nasi bungkus.

Begitu juga dengan tindakan biadap perwakilan MIC, pembangkang yang masih tidak insaf dan segelintir golongan cina dan india yang tidak mengenang budi. Kita lupakanlah sejenak sempena Syawal yang bakal tiba.

Sambutlah syawal dengan penuh gembira, ceria dan senyuman. Semoga Aidilfitri ini akan membawa seribu kegembiraan buat anda sekeluarga.

No comments: