Geng Bas Sekolah

September 30, 2009

Bila Tiba Pilihanraya

Aku tak terkejut apabila Tan sri Isa Samad tetap dipilih menjadi calon BN walaupun dikritik oleh Tun Mahathir. Biarlah kalau dah itu kehendak orang UMNO sana tapi jangan depan je cakap sokong, bila pilihanraya, tetap sokong pembangkang.



Selain itu, Dato Seri Najib mengumumkan Port Dickson akan dijadikan bandar tentera darat. Biasalah drama begini yang selalu diulang tayang sebelum pilihanraya.

Sepatutnya sudah lama PD dijadikan bandar tentera darat. Ianya wujud sejak sebelum merdeka lagi. Kenapa Lumut boleh dijadikan bandar tentara laut sedangkan PD masih belum mendapat penhargaan sebegini?

Kenapa bila nak dekat pilihanraya, barulah kononnya nak majukan tempat tu, kononnya nak bagi jalan baru, jambatan baru, rumah baru. Kenapa sebelum pilihanraya, takde kerajaan nak buat itu semua. Sebab itulah ia sering dipermainkan oleh pembangkang dan rakyat.

Kerajaan patut sedar, drama sebegini sudah tidak releven lagi digunakan untuk memancing undi. Rakyat sudah tidak melihat infrasruktur yang kononnya akan diberi sebaliknya ekonomi dan sesuatu yang mereka boleh nampak sebelum pilihanraya. Bukannya hanya dijanjikan apabila tiba pilihanraya.

Rakyat sekarang sudah bijak. Mereka tidak lagi menerima janji kosong, kononnya akan dibina rumah, jalan, projek juta juta nak bangunkan ekonomi rakyat setempat. Apa yang rakyat mahu adalah semua itu benar benar dilaksana. Benar benar dibuat sebelum pilihanraya.

Sebelum pilihanraya, semua janji manis. Bila dah diberi undi, nak nampak muka payah sekali. Sebab itulah rakyat dah benci dengan kerajaan. Pembangkang pula memang menjalankan kerja syaitan, menghasut dan memfitnah.

Kalau dah syaitan berdamping dengan rakyat setiap hari, sedikit sebanyak mereka akan terpedaya juga dengan janji syaitan. Sebab itu jangan salahkan syaitan apabila adun BN sendiri tidak mesra rakyat, maka syaitan menjadi gantinya.

1 comment:

Belia PARUJAS said...

betul tu, diaorg kat atas ni agaknya tak nampak perkara ni. asyik nak kuasa nak harta. baik parti kerajaan ataupun pembangkang. kitaorg yg kat bawah ni jadi lembu buat kerja tapi yg diaorg kat atas tu masih heboh nak berebut. tak pikir pasal perpaduan dan tak pikir pasal rakyat. cuma pikir poket sendiri, BN dan PR sama je. bilalah diaorg ni nak berubah...