Geng Bas Sekolah

August 20, 2009

Parti Ajaran Sesat Berleluasa

Sejak akhir akhir ini, banyak kumpulan ajaran sesat muncul bagaikan "cendawan tumbuh selepas hujan." Dan hampir semuanya dibanteras oleh Jabatan Agama Islam Malaysia. Namun mereka terlepas pandang kepada sebuah kumpulan yang berselindungkan disebalik nama parti politik.

Mereka sudah lama bergerak bebas. Sebuah kumpulan yang pada asalnya memang memperjuangkan Islam tetapi kini telah diselewengkan oleh pemimpin yang tidak waras. Dahulu Kelantan pernah digelar "Serambi Mekah" kerana terdapat ramai Ulama tersohor yang telah terbukti karamahnya.

Tetapi kini Kelantan sudah hancur dibawah pemerintahan golongan Khawarij. Jika benar Kelantan adalah sebuah Serambi maka sudah lama runtuh Serambi itu dimamah anai anai rakus.

Dan buat orang yang masih waras didalam parti tersebut, keluarlah dari kesesatan ini. Perangi mereka yang menyeleweng termasuk pemimpin yang terlibat. Jangan biarkan parti yang pada asalnya memang lahir untuk perjuangan islam dihancurkan oleh segelintir pemimpin dan penyokong yang SESAT.

Ambillah iktibar dari gerakan Al Arqam. Walaupun pada asalnya niat mereka baik demi pembangunan ummah namun kerana mengikut pemimpin yang sesat maka keseluruhan kumpulan menjadi sesat.

Dan buat seluruh umat islam di Malaysia, berhati hatilah dengan tindak tanduk pemimpin dan segelintir ahli parti ini. Sudah banyak "fatwa sesat" dikeluarkan oleh mereka. Malah sehingga tahap sesiapa yang tidak menyokong mereka, tidak layak masuk syurga. Hanya golongan mereka saja yang masuk syurga seolah olah syurga itu hanya dikhaskan buat mereka.

Inilah bahayanya idelogi parti tersebut. Mempermainkan agama hanya untuk menutup kelemahan dan menarik undi supaya dapat terus berkuasa.

Renung renungkanlah kata kata ini dan berfikirlah secara waras. Adakah mereka ini sebuah parti islam sehingga tergamak mengeluarkan kata kata sebegini :

"Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

Carilah dimana surah didalam Al quran yang mengatakan menentang PAS adalah haram.....

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan...









>>> Blog 1 Malaysia <<<