Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, golongan umara perlu memperlihatkan sifat-sifat murni Islam seperti ikhlas, amanah, jujur dan tekun dalam melaksanakan tanggungjawab.Sudah banyak pertemuan dan forum diadakan didalam memperkasakan islam tetapi aku masih tidak melihat mana mana Ulama atau Mufti yang berani bertindak tegas terhadap pencabulan dan penghinaan terhadap agama islam.
Titah baginda, mereka juga merupakan golongan pendakwah iaitu sebagai pelengkap kepada peranan serta tugas yang selama ini dipikul oleh para ulama. sekiranya ulama dan umara tidak mempunyai hubungan yang baik, ia akan merosakkan kehidupan manusia sekali gus boleh membantutkan usaha memaju dan membangunkan ummah.
Baginda bertitah demikian ketika menyampaikan Syarahan Diraja bertajuk Umat Islam dan Cabaran Ketamadunan Ummah sempena sambutan ulang tahun ke 20 penubuhan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kalau ada ceramah di televisionpun hanya bercerita perkara perkara yang seronok didengar, tidak kepada cerita cerita menginsafkan. Dan seolah olah tidak wujud hubungan baik diantara Ulama dan Mufti dengan masyarakat. Mereka seolah olah berada dikelas tersendiri dan hidup didalam dunia sendiri.
Aku juga pelik dengan komen yang kuterima mengenai posting lepas iaitu "Dimana Ulama Malaysia". Aku bertanyakan kemana hilangnya Ulama, tetapi kebanyakkan maklum balas adalah berkaitan politik dan pembangkang. Balik balik Nik Aziz, balik balik Nik Aziz. Dah bosan aku.
Tolonglah jangan semua benda nak dipolitikkan. Dah boring aku.
Buang Kakitangan Awam
Lagi satu diharap kerajaan menukar dasar pentadbiran. Jadikan urusan pentadbiran seperti swasta. Buanglah terus mana mana pekerja termasuk pegawai yang malas dan tidak produktif. Cukup memalukan apabila kaum cina dan india memandang jawatan didalam kerajaan adalah tempat untuk orang melayu yang malas dan tak berguna.
Memang pedih untuk didengar tetapi inilah kenyataannya. Pergilah mana mana jabatan kerajaan didalam Malaysia. Lebih ramai orang yang berbual dari yang bekerja. Mereka juga sewenang wenangnya ponteng kerja.
Mereka semua hanya menyusahkan urusan orang ramai. Masih ramai orang diluar sana yang memerlukan pekerjaan. Buat apa disimpan orang yang tidak berguna. Bertindaklah sekarang sebelum negara terjerumus kepada kehancuran disebabkan kakitangan awam yang tidak berguna sama sekali.
3 comments:
Itu lah masalah besar yang BN sedang hadapi sekarang yang sangat sukar di perbaiki.
Rakyat sudah sedar, cara yang baik cuma dengan cara menukar kerajaan yang sangat bermasalah ini kepada kerajaan yang lebih baik dan telus dalam semua hal.
Anda jangan bimbang, pasti pada selepas PRU13 nanti kita akan mendapat sebuah kerajaan yang baharu yang lebih baik dan telus dalam semua hal.
Bersamalah kita berusaha untuk menyelamatkan rakyat dan menurunkan kerajaan yang lama ini.
Mana kerajaan yang NAMAPAMU anggap baik dan telus itu? PKR? DAP atau PAS. Nampak seperti mimpi disiang hari. Mengharapkan ketam mengajar anaknya berjalan betul. PKR dan DAP baru setahun jangung telah memperlihatkan kepimpinan yang kemaruk harta dan kuasa. Mereka tidak perldulikan samada melalui jalan haram maupun sebaliknya. Selangor adalah satu contoh paling baik dan tentunya kita tidak kesal menyingkirkan kepimpin PR yang tidak ketentuan itu.
kerajaan pakatan lagilah huru hara..semua ulama nak dibunuhnya kalau mereka berkuasa..
Post a Comment