Geng Bas Sekolah

July 8, 2009

Selimut Putih Buat PR

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan


Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan



Tak ada lagi gunanya harta
Kawan karib sanak saudara



Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri


Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung



Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan



Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman

1 comment:

YANG GAMBI said...

salam bro, kawan pinjam tulisan hadis dan maksud Al Quran tuan..... unuk blog kawan...