Penduduk desa Hayagai Sharki yang menjadi mangsa keganasan Taliban bertindak menyerang dan mengusir anggota Taliban dari daerah mereka. Mereka marah dengan tindakan Taliban yang mengebom masjid disaat solat Jumaat tempoh hari.
Memang patut Taliban diperangi. Memang mereka adalah pengganas yang menggunakan nama Islam. Tindakan yang menyimpang dari ajaran islam dengan membunuh penduduk awam, membunuh mereka ketika solat berjemaah dan menghalang kemajuan dan pendidikan terhadap kaum wanita.
Malangnya ada segelintir rakyat dinegara ini yang terpengaruh dengan propaganda Taliban dan Al Qaeda. Mereka sokong kononnya Taliban dan Al Qaeda adalah perjuang islam tulen sedangkan segala tindakan mereka adalah berlawanan dari cara perang yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Rasullullah s.a.w memerintahkan tidak memerangi mereka yang tidak bersenjata, tidak membunuh wanita, kanak kanak dan orang tua. Malah melarang membakar kebun dan membunuh haiwan ternakan.
Sedangkan Taliban dan Al qaeda membunuh masyarakat sewenang wenangnya dengan alasan mayarakat tidak menyokong pergerakan mereka. Tindakan mereka telah menjadikan mereka staraf dengan PKM yang menganjurkan keganasan.
Memang tentera Amerika adalah tentera salib kerana menyerang Iraq dan Afganistan tetapi Taliban dan Alqaeda juga bukanlah pejuang islam tulen. Dan memang patut kedua pihak ini berbunuhan sesama sendiri kerana diibaratkan "penyamun membunuh pencuri".
Aku masih menunggu kehadiran seorang pejuang tulen yang benar benar berjuang kerana Allah. Bukan kerana pangkat dan harta. Dan aku percaya, setiap seratus tahun Allah akan bangkitkan seorang pejuang agama yang akan mempertahankan kedaulatan islam seperti Salahuddin Al Ayubi.
Tentera salib menyerang Baitulmuqdis dan membunuh semua orang islam, yahudi dan kristian yang berlindung didalam kota sedangkan Salahuddin tidak membunuh seorangpun penduduk kristian semasa mengambil semula Baitulmuqdis.
Itulah seorang pejuang islam sejati. Bukannya Taliban dan Alqaeda.
1 comment:
Salam bro,
saya ingin menghubungi sdr utk perbincangan lebih telus berkenaan perkembangan blog/blogger neg. pahang. Sila hubungi saya dialamat email > braveheartblogger@ymail.com Harap kita akan dapat berkerjasama dalam membantu perkembangan penulisan blog khususnya kepada blogger di neg. pahang ~ nERANIKAN hATI
Post a Comment