Geng Bas Sekolah

June 12, 2009

Isu SIS, Politik & Blogger

SIS atau Sister In Islam adalah sebuah NGO yang memperjuangan hak wanita di Malaysia. SIS pernah menjadi panas dengan penentangan terhadap fatwa haram yoga, islam liberal dan sokongan terhadap Aminah Wadud.

Kini SIS kembali panas apabila PAS melabelkan SIS sebuah pertubuhan ajaran sesat. Dan semakin panas apabila blogger sama ada dari pembangkang, BPN mahupun bebas terus mengecam dan menyerang SIS tanpa henti seolah olah tembakan dari arteleri dan jet pejuang selama seminggu.

Namun disini aku bukanlah mahu menyentuh sangat isu SIS, cuma mahu menyentuh perangai sesetengah blogger dan ahli politik sahaja. Kita bermula dengan PAS.

PAS menuduh SIS pertubuhan ajaran sesat namun tidak mereka sedar bahawa mereka juga sudah tersesat sama. Nik Aziz tetap dengan pendirian tuhanpun mencarut, sokong PAS masuk syurga, membenarkan golongan nasrani menggunakan nama Allah s.w.t dan berbagai lagi. Tidakkah ini menunjukkan PAS juga sudah tersesat jauh.

Ahli blogger juga tidak terkecuali. Ada yang lantang mengkritik tanpa berfikir kesilapan sendiri. Mereka melabelkan SIS sebagai munafik tetapi mereka juga memfitnah, menghina dan menjatuhkan maruah politik lawan tanpa henti. Tidakkah ini juga dinamakan MUNAFIK?

Atau ini dikatakan MATLAMAT MENGHALALKAN CARA?

Aku pernah beberapa kali bertanyakan kepada Ydp BPN iaitu saudara Panglima Perang Cyber mengenai etika beberapa orang ahli BPN yang menghina pihak lawan keterlaluan sehingga ada tahap menyebarkan kill nizar. Walaubagaimanapun jawapan beliau adalah ianya adalah cara blogger itu sendiri dan ianya dibolehkan.

Alangkah malangnya disaat kita menunding kesalahan orang lain, diri kita turut terpalit lumpur dosa yang sama.

Dan mengapa SIS diwujudkan? Dan mengapakah SIS dituduh penyebar ajaran sesat dan islam liberal?


Aku tidak mahu mengulas mengenai islam liberal SIS kerana anda boleh surf sendiri internet. Aku cuma mahu menceritakan mengapa SIS ditubuhkan. SIS ditubuhkan kerana hak wanita Malaysia diabaikan. Begitu banyak masalah perceraian yang tergantung dimahkamah disebabkan masalah suami, prosedur mahupun sikap hakim dan ahli agama itu sendiri.



Para wanita telah teraniya sehingga bertahun lamanya untuk menuntut cerai, hak penjagaan anak dan bayaran nafkah. Ahli Majlis Agama seperti Kadi dan pegawai agama lain yang bersikap sambil lewa dan berat sebelah juga menyebabkan wanita ini tersepit dan tiada tempat mengadu.

Semakin lama kes tertangguh diMahkamah, semakin banyak masalah yang dihadapi mereka. Sedarlah wahai anda semua, segala tindakan anda ini akan tetap diadili oleh Hakim Yang Maha Bijaksana iaitu Allah s.w.t kelak diPadang Masyar.

Para suami, hakim dan kadi yang dipertanggungjawapkan menjaga hak wanita ini akan tetap menerima balasan kerana mengabaikan hak mereka didunia ini. Kalaulah semua hak wanita ini dijaga baik, sudah tentu SIS tidak wujud di Malaysia.

Tiada yang kebetulan didalam dunia ini. Tiada kebetulan SIS wujud. Semuanya bersebab dan diaturkan oleh Allah s.w.t kerana kesilapan yang telah kita lakukan. Kesilapan kita adalah mengabaikan hak wanita sehingga mereka teraniaya.

Renung Renungkan Dan Selamat Beramal

4 comments:

Anonymous said...

ARTIKEL YANG MENARIK DAN KRITIS

--Adam Amin--
Kg Jerlun
Kedah

Yb Raz said...

bukan sekadar artikel..cuma peringatan kepada yang mahu berfikir

bERANIKAN hATI said...

Sdr Yb Raz,
satu pertemuan blogger Pahang di Kuantan akan diadalak dalam waktu terdekat. Saya sangat berharap sdr juga sebahagian dari hadirin. oleh itu sila hubungi email saya braveheartblogger@ymail.com untuk maklumat lanjut. Saya tidak dapat siarkan Ph saya disini kerana alasan tertentu, harap sdr maklum dan faham ~ bERANIKAN hATI

arizWanmerahs said...

Pada hari ini, kita hanya pandai meletakkan hukum pada orang lain sedangkan kita sendiri tidak tahu 'berhukum'.. Kita sering saja menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri sebenarnya yang salah. Apa yang sebenarnya harus kita buat adalah, menghukum diri kita sendiri, bukan menghukum orang lain. Hukum itu sendiri adalah untuk kita mengawal diri sendiri dari tergelincir dari landasan agama. Untuk orang lain kita hanya menasihati mereka dan membimbing mereka supaya terus berada dalam landasan agama. Inilah halnya rata2 semua kita tidak menyedarinya..