Geng Bas Sekolah

June 22, 2009

Nik Aziz Setaraf "Abuya" Ashaari Muhammad

Penasihat Jentera Operasi Pilihan Raya Dun Manek Urai, Dato' Wan Rahim Wan Abdullah menegaskan poster Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mempunyai nilai komersil yang tinggi bagi menarik pengundi.

"Jadi dalam hal ini kita hanya menilai dari sudut komersil sebagai cara menarik pengundi di Manek Urai. Kita betul-betul eksploit gambar Tok Guru untuk pancing undi," katanya.

Wan Rahim mengakui Tuan Guru mempunyai tarikan tersendiri berdasarkan pengalaman dalam jentera parti sejak tahun 1982 semasa mencetak gambar Tuan Guru yang mengenakan serban di atas bahu.

Misalnya di Manek Urai, Wan Rahim terkejut apabila ada seorang imam di masjid Mukim Manek Urai menganggap seolah-olah mendapat pahala apabila memandang poster Tuan Guru Nik Aziz.( Klik Harakah)


Sikap mendewa dewakan segelintir pengikut PAS sudah ditahap kronik. Pelbagai pujian diberikan sehingga mengangkat martabat Nik Aziz melebihi yang sepatutnya. Nik Aziz dianggap "wali karamah" sehingga memandang poster Nik Aziz boleh mendapat pahala.

Memanglah Nik Aziz tidak mengajar atau meminta pengikut PAS bersikap demikian tetapi sekiranya tiada tindakan diambil, di khuartiri PAS akan semakin hanyut dengan sifat ujub dan taksub kepada pemimpin seperti Al Arqam.

Al Arqam dahulu tidak mustahil boleh menyatukan umat islam tanpa mengira parti sekiranya pemimpin mereka tidak tersesat. Malah kalau dikira, Al Arqam dahulu lebih hebat daripada PAS kerana hampir berjaya menguasai ekonomi orang islam dengan pelbagai jenis perniagaan seperti makanan, percetakan dan lain lain.

Malah ramai orang kampung yang menyokong gerakan Al Arqam kerana sikap mereka yang suka membantu terutama didalam majlis gotong royong. Namun disebabkan pemimpin mereka, Ashaari Muhammad atau Abuya mula merasa takbur dengan ratusan pengikut, dia akhirnya kecundang didalam godaan syaitan.

Mula mengangkat dirinya sebagai pembantu Imam Mahdi dan mempunyai karamah, akhirnya Abuya terperangkap didalam mimpi syaitan. Malah ramai pengikutnya yang tersesat sama kerana mempercayai setiap kata dan perbuatan Abuya.

Nik Aziz juga bakal terperangkap dengan jerat syaitan sekiranya masih berpegang kepada sifat "Aku Betul, Orang Lain Salah". Kalau terlalu inginkan kuasa, maka akan tergelincirlah iman dan akidah sekiranya tidak berhati-hati.

Begitu banyak propaganda PAS sewaktu pilihanraya dimana ianya boleh mengakibatkan syirik seperti "Sokong PAS Masuk Syurga", "Imam UMNO Kafir" dan lain lain. Malah sikap permusuhan orang PAS juga menyebabkan perpecahan sesama jemaah islam dan akhirnya akan menghancurkan umat islam keseluruhan sendiri.

Sedarlah sebelum terlambat. Jadikan negara islam lain sebagai panduan. Allah sudah merahmati Malaysia dengan kehidupan yang aman makmur. Mengapa kita mencari kemusnahan dengan perpecahan sesama islam.

20 comments:

AMBAJ said...

Memasang poster Nik Ajis dah lama berlaku. Perkara ini dah lama berlaku di antara pengikut Nik Ajis yang taksub.

Tidak hairan orang melayu ingin menjadi warak tetapi mendapat pertunjuk dari orang yang menyesatkan.

Anonymous said...

tengok gambar nik aziz, najib dapat pahala sebab tutup aurat. macam mana tengok gambar syarifah aini, siti dan isteri pemimpin yang tak tutup aurat dapat dosa ke?

yb Raz said...

apa ke bendalah anak bahalol anon ni merepek.

Anonymous said...

hai marah nampok ybraz pengikut setia TGNA kah????hatix TG hang tu sedang berjalan ditepi longkang tersalah langkah cempelong kalongkang yg sarat dgn najis orang PAS,DAP,PKR yg bahaya lagi najis ALJUBORI nanti kena H1N1.

Anonymous said...

Salam.Sejak bila pula Tgna macam ABUYA.Tak sama langsung.Dari mana info yg mangatakan arqam rebah sbb taksub?Mungkin lbh baik awak tanya pada SB ttg ABUYA ni.SB lbh tahu.Islam tak akan naik dgn politik demokrasi ni.Pada rakan2 dlm pas/umno,marilah kita sama2 solat istikharah.Mudah2an kita sentiasa diberi petunjuk.

Media Siber said...

tak lama lagi sesatlah orang islam dibawa nya.. taksub sampai menganggap pandang poster pun dapat pahala.. hadeyhh .. sakit jiwa ke ape?

yb Raz said...

aik anon marah apabila samakan nik aziz dengan abuya? jangan marah nanti kena jual hahahaa.

itulah masalah taksub orang pas hahahaa.

Anonymous said...

salam...mula2 aku marah bila baca korang buat pemimpin macam ni...korang pegang pada hadis kan? dalam hadis kat atas page ni...cuba cari kalau menuduh pemimpin sesat ape?aku dulu jemaah pas tp maaf korang pya perjuangan tak seperti jemaah yg dijanji ALLAH yg bakal membina empayar islam kali ke 2....wahai seislam....ilmu ALLAH menggunung tinggi....hanya orang yg terpilih akan mendapatnya.....taksub salah ke? para sahabat tak taksub ke dgn RASUL?
pikiaq balik na.........lg satu hentikan sikap suka menuduh dan mencaci otg...tak kira lah siapa dia...itu ke imej tg tok guru ajar?ingat,aku dulupun joint korang tp tak dapat rasai nikmat yg aku nak....muhasabah diri ye....tak pula aku menuduh tok guru ape2 bahkan dia juga sayang umat islam....ade tak orang ABUYA kutuk korang? kacau orang tak dorang?

Anonymous said...

pe ar zaman skang ni...islam diguna pakai utk perkara tak patut...tunggulah sehingga ALLAH memberitahu siapakah ABUYA kepada dunia...ramai dah ikut....sedialah utk menerima jadual TUHAN terhadap orang yg cinta dan kasih kpd TUHAN dgn didatangkan mcm2 ujian...

Anonymous said...

konsep taksub telah disalah erti oleh yahudi...kaji semla...sebab tu ramai orang melayu ni ibarat lembu cucuk idong...orang kate taksub korang ye....sepanjang zaman....amender ar ...aku bukan pandai tp yahudi tepok tgn kalau tau...memang dah tpok pon....ish...sedih ar ngan kamu ni...taksub tu adalah taat...salah k taat?melampau ke taat? terrorist ke? ha...jgn ikut telunjuk yahudi tg selalu lkata islam itu pelampau sebab taksub tu memnag perlu...melampau terhadap cinta kepada ALLAH dan RASUL serta pemimpin yg membawa kpg cinta TUHAn salah ke? hmmmm....yahudi dah menang disitu....tolong ar gambar ABUYA korang jgn buat mcm tu sebab orang ABUYA tak pernah melevelkan tok guru!malah ABUYA kate NIK AZIZ bagus!!!!!!!!tau tak semua ni? ke taknak amik tau? dah cukup globak ke nak pimpin orang islam?ikut sisitem TUHAN ke? kalau suka mencaci orang, sistem ape?

Anonymous said...

kalau ABUYA tau korang buat dia mcm, ni...dia tak marah tp gembira sebab rupanya pada masa yg sama korang tahu dia ada karamah

Anonymous said...

aku pun marah bila orang cakap benda2 x baik tentang tok guru n ABUYA nih!!

IdhaM d|^_^|b said...

korang ni sblm nk mengate baik korang duduk sekali ngan diorg(PAS or ARQAM) ikut ceramah2 usrah2 yang diorg buat dulu...dengar dengan hati terbuka baru la akal buat keputusan tanpa dipengaruhi nafsu....jangan jadi pak turut kepada media...sekali lagi aku nk tekankan duduk skali dlm usrah diorg br wat keputusan

Muhammad said...

Semoga Allah mempercepatkan kebangkitan Islam Kali Ke-2 di Malaysia.
اللهم ارحم الشيخ الامام أشعري بن محمد التميمي و سيدي الشيخ محمد السحيمي الامام المهدي

Amin

Anonymous said...

manusia ibarat boneka,hati yg baiklah yg dpt memimpin diri dan org yg brtaqwa sgt tenang n x gentar bila mndpt ujian,mlhn dianggap satu nikmat,percaturan tuhan itu adlh rahsia dan ada keajaiban di situ,jadi kita sama2 tunggu n lihat sape benar n salah???????

jamilah said...

Cepat la ajak Nik Aziz debat..bila lagi...ajak mufti perak sekali...tak sabar dah ni nak tengok....Nik aziz dah cabar berpuluh tahun dah..tak dak yang berani ke????

Anonymous said...

asslammualaikum.. sory tumpang lalu jer.. nk tanya sikit je nie.. apa yang menuduh org lain sesat tu ada pegangan tarekat yg sah ke untuk menuduh orang lain sesat?? nk tanya lagi.. kalau betul ada, kamu alim sangat ke nk menuduh orang lain sesat? n 1 lagi.. setahu saya.. sebelum kedatangan al-arqam(mse tu PAS N ABIM da ada dah..) betul ke Islam betul diperjuangkan dan bukan dipolitikkan?
kalau betulah.. kenapa UMNO memperjuangkan hak orang MELAYU? kenapa ULAMA2 yg msuk UMNO x nmpk peranan dia? kenapa orang2 PAS bergaduh sesama ISLAM? saya pun bukan arif sangat.. cuma pelik kenapa orang yg tiada ILMU yg sebenarnya tentang TAREKAT nk menyesatkan AKIDAH orang lain..

Anonymous said...

jangan mengeluarkan entry pasal benda yg kte x pasti + x tau....nati nmpak sngat x berILMUUU......kOnfirmkan duluuu....x pasai2,dpt dosa fitnah org free2.....renung2 kan....=)

sumpah lawak said...

lawak gilaa lah budak nih. ade hati nk jadi yb? OMG! tergolenk2 aku bace blog dy. sumpah! kalau dialah bakal pemimpin Malaysia lari aku duk tmpat lain.

Unknown said...

kasihan lah ngko rang menganggap kan ni aziz adlah 'karamah' gitu-gitu..oo tidak ..aku tidak sekali kali menyokong umno maupun m.i.c .. tapi ko rang yang menganggap beliau adalah seorg 'waliAllah' ..tolonglah,melayuku.. waliAllah adalah 'berpekerti' lebih halus dri siapa2 saja kat dunia ini..!! krg takkan jumpa 'org wali' @karomah yg bercakp lagi halus pekertinya..tp kalau beckp pasal HAK ALLAH & RASULULLAH Sallalahu Alaihi Wassalam, mereka akan jadi SANGAT TEGAS!! cautious:ini adlh pengalaman aku sendri..stakat ahli politik depa dok ingat waliAllah@Karomah..tolonglah kawan, p 'cari info'(ilmu) lagi!! -Takdok Namo