Geng Bas Sekolah

May 16, 2009

Anwar Disahkan Menghidap Penyakit

Anwar Ibrahim kini disahkan menghidap sejenis penyakit yang merbahaya tetapi ianya tidak merebak. Hal ini disahkan oleh doktor peribadi beliau iaitu Dr Alfonso Schercium yang berketurunan yahudi.

Anwar disahkan menghidap penyakit "cyclelium baracuda" ataupun "lidah bercabang". Penyakit beliau semakin kronik apabila kes beliau disebut dimahkamah. Didalam keadaan tertekan dan merasa dirinya tidak lagi selamat, beliau akan mula meracau dan mengatakan yang bukan bukan. Malah sehingga tahap memberikan keterangan yang berlainan didalam mahkamah.



Para sahabat beliau iaitu Nik Aziz dan Lim Kit Siang telah mencuba pelbagai rawatan namun keadaannya masih belum dapat dipulihkan. Malah keadaan beliau semakin merosot setelah ramalan "ala abuya" untuk menjadi PM pada 16 september lepas tidak kesampaian.

Beliau mula menghidap penyakit ini setelah dibebaskan dari penjara dan mula aktif berkempen politik. Salah satu tanda ketara ialah beliau akan berkata lain kepada satu kaum manakala mengatakan perkara yang berlainan pula apabila berkempen dihadapan kaum yang lain.

Selain itu, Anwar Ibrahim semakin tenat apabila mula "membayangkan sesuatu yang bakal terjadi" seperti menjadi PM dengan melompat parti. Tindakan Anwar ini jelas sama dengan tindakan dan kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Abuya atau Ashaari Muhammad, pemimpin AL Arqam ditahun 70 sehingga awal 90 an.



Abuya membayangkan dirinya sebagai Pemuda Bani Tamim dan Pembantu Imam Mahdi manakala Anwar Ibrahim pula membayangkan dirinya Perdana Menteri Malaysia dan Penyatu Umat Manusia Melalui Acuannya iaitu PKR.

Jelas Anwar kini sudah semakin tenat. Para rakyat dan penyokong beliau seharusnya berfikir dimana rasionalnya orang seperti beliau untuk menjadi pemimpin. Seorang yang sanggup menghancurkan negara semata mata untuk berkuasa. Nilailah sendiri sebelum negara tergadai.

5 comments:

nalapambu said...

Pencacai2 UMNO sudah kehabisan modal untuk di tulis dalam blog mereka.

TPM sudah memberi amaran bahawa BN/UMNO cuma ada dua tahun sahaja untuk berubah.

Nampaknya hingga kehari ini BN/UMNO bertambah parah. Hinggakan tidak berani bertanding di N12 Penanti.

BN/UMNO harus buktikan kepada rakyat bahawa ianya sudah diterima oleh rakyat dengan meletak kan calun di N12 Penanti.

Di sini lah BN/UMNO boleh tunjuk kan bahawa rakyat sudah menerima BN/UMNO.

Tetapi malang nya PM kita tidak yakin bahawa BN/UMNO sudah di terima rakyat.

Anonymous said...

apa beza pencacai bn dengan pencacai pr? pencacai bn dapat gaji. pencacai pr dapat janji. (tapi janji palsu. sudah palsu. kena pulak tipu.). kah kah kah.

yb Raz said...

maaf aku bukan pencacai dan aku juga tidak dibayar oleh BN.

aku berjuang ikhlas kerana Allah s.w.t dan kerana sayangkan bangsa dan negara.

Baginda Reformasi said...

zambry membayangkan diri beliau MATHAMA GANDHI... hahahaktui...

Anonymous said...

yg pncacai dpat duit tu...halal ke?
yg kate ikhlas krn ALLAH s.w.t tu btul ke lebih UMNO dlm memrintah, die tegakkn islam ke?...(mmbnarkan kilang arak,judi x habis2,event sana event cni d luluskan(confirm la x ttup aurat yg ramai),org wat cramah pn duk kalut nk pantau(cam x yakin je ngn alim ulama',mcm la die pndai sgt))...tegakkan islam cam2 ke?ade otak pkir sdiri...