Aku rasa orang PAS sekarang semakin jauh tersesat. Sila baca disini (Al Bakistani)
Inilah antara orang orang yang sesat lagi menyesatkan. Mereka hanya berfikir dunia hanya didalam lingkungan mereka.
mereka lupa bumi Allah ini masih luas. Bersepah parti diseluruh dunia menggunakan islam sebagai asas perjuangan. Bukan setakat mereka saja menggunakan nama islam didunia nie.
Kalau mereka rasa lebih islam dari orang lain, ada orang lain yang lebih baik daripada akhlak mereka.
Mereka hanya fikir parti PAS saja yang diredhai Allah sedangkan banyak lagi parti islam diseluruh dunia malah sehingga ke tahap berperang dengan orang kafir seperti Hizbullah dan Hamas.
Apa sumbangan PAS pada orang islam di Malaysia? Adakah ahli mereka sudah berperang dijalan Allah sehingga terkorban nyawa? Adakah Nik Aziz menulis kitab kitab agama sehingga menjadi panduan umat islam diseluruh dunia?
Janganlah mendabik dada mengakui diri lebih islam daripada orang lain. Allah sendiri tidak melihat rupa dan pangkat tetapi hanya iman dan taqwa.
Insaflah wahai orang PAS. Janganlah jadikan diri sebahagian daripada kaum khawarij. Pintu taubat masih terbuka sebelum nyawa sampai dikerongkong.
7 comments:
Kslau betulpun UMNO dah nazak, apa kaitannya dengan pakatan pengganas?
Biarlah kamu menang dengan menggunakan fitnah dan tipu muslihat. Insyaallah kebenaran akan menang jua.
Negeri pakatan akan tumbang bersama sama kebatilan yang dibawanya.
SALAM BRO,
MEMANG MEREKA ITU SESAT DAN MENYESATKAN. ISLAM DIGUNAKAN UNTUK DAPATKAN KUASA POLITIK. PENGIKUTNYA TAKSUB - MENUTUP SEBELAH MATA DAN SEBELAH TELINGANYA - HANYA UNTUK MENDENGAR DARI PAS. SUMBER LAIN ADALAH HARAM BAGI MEREKA KERANA ITU MEREKA JUMUD. KERANA ITU MEREKA SANGGUP MELETAKKAN MARUAH DIRI MEREKA SETARAF DENGAN HAIWAN YANG MELATA, SANGGUP BERBARING DITENGAH JALAN SEPERTI LEMBU DAN KAMBING. MEREKA INI HINA DI DUNIA DAN HINA DIAKHIRAT.> bERANIJAN hATI
No comment
Blog baru berkaitan AJK PKR Putrajaya bernama Jamil Kucing di http://jamilismail.blogspot.com
Hantam produk munafik itu cukup cukup
Entahlah apa penyakit orang pas inipun aku tak tahu
Salam,
1 - Ustaz ini berjaya di Khawarijkan oleh Ulama-ulama suk didalam PAS.
2 - Umur sudah menjangkau 27 tahun, tetapi berhujah seperti seorang budak sekolah. Hujahnya penuh berapi-api membenci saudara seaqidahnya tetapi kosong, tiada pengisian. Syaitan menguasai diri!.
3 - Mengenepikan Kata-kata ayahnya agar tidak menjadi seperti Nik Aziz, penulis lebih mengutamakan kata-kata rakannya... Lupakah akan bait-bait lagu dendangan Allahyarham Sudirman ini: "Ayah dan Ibu wali-wali keramat, pada mereka kita beri hormat. Pakailah tunjuk ajar dan nasihat, supaya hidup kita akan selamat."
4 - Tidak peliklah saya, majoriti produk keluaran pondok adalah anti-UMNO kerana PAS menaja mereka.
5 - Berkenaan doktrin bid'ah "UMNO adalah kafir"... Ini peringatan dari Nabi junjungan kita: “Sesiapa yang memanggil seseorang dengan perkataan (tuduhan) kafir atau berkata: Engkau musuh Allah sedangkan dia tidak berhak dengan tuduhan tersebut, maka perkataan tersebut akan kembali kepada si penuduh.” – Hadith Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad.
6 - Fatwa undi PAS itu wajib adalah suatu yg mensyirikkan Allah Taala, fatwa yang jangkal, SESAT LAGI MENYESATKAN!.
7 - Jikalah PAS benar-benar memperjuangkan Islam, mengapa PAS lebih rela melihat perpecahan ummat Islam untuk survivor politik PAS sendiri!
8 - Tak mustahil yang dibenci itulah kelak akan dicintai.
Allahualam.
terima kasih diatas komen saudara semua. segala yang baik dari Allah dan yang kurang baik datangnya dari kelemahan kita semua.
Post a Comment