Geng Bas Sekolah

April 15, 2009

Intifada vs Rusuhan

Cadangan dan pandangan Setiausaha Agung Pas Pusat, Kamaruddin Jaffar bahawa kejadian rusuhan yang terjadi di Bangkok Thailand akan terjadi di negara ini jika kerajaan tidak melayani kehendak PR agar pembubaran DUN dibuat bagi membolehkan satu pilihanraya di adakan untuk menyelesaikan krisis politik di Perak.

Ini satu pandangan bodoh dan dangkal dari seorang yang digelar YB dan sudah berpolitik begitu lama di arena politik Malaysia. Kerajaan sepatutnya mengambil sesuatu tindakan keatas Datuk Kamaruddin Jaffar yang mengeluarkan kenyataan sebegini kerana ia nampak seakan berunsur hasutan.

Sekiranya Kamaruddin Jaffar masih mahu dengan idealogi rusuhan, maka bersedialah menanti kematian beribu ribu rakyat Malaysia dan kehancuran negara. Nasib kanak kanak di Malaysia akan seperti di Palestin. Mereka akan menjadi yatim piatu malah mungkin akan menemui ajal disebabkan kebiadapan dan kebodohan anda.




Disaat itu, kami yang menyokong Kerajaan dan Raja Raja Melayu akan melancarkan intifada melawan keganasan kamu.

6 comments:

Z-MAY said...

sungguh dangkal, bodoh dan keparat punya cadangan.

itulah sikap golongan terbabit yg sanggup menghancurkan negara demi politik keparat mereka.

sanggup menggalakkan orang lain melakukan perbuatan bodoh macam golongan mereka...

sedarlah... lebih ramai rakyat yang baik akhlaknya di negara ini berbanding sebilangan pengikut golongan mereka...

hasutan ini sepatutnya dipandang serius dan dikenakan tindakan. hapuskan penyakit sebelum merebak...

ZHARIF said...

salam
kalau mereka mengadakan demonstrasi kita akan mempertahankan rakyat. Jangan gadaikan maruah dan nyawa rakyat gara-gara niat kotor politik.

YB Raz said...

Aku tak paham kenapa masih nak melakukan rusuhan kalau dah yakin rakyat sudah sokong..Tunggu jelah bila pilihanraya nanti..

PR patut bersyukur rakyat masih memilih mereka di bkt gantang & selambau. Fokuskan dulu tempat kecil sebelum nak mengambil alih negeri atau negara.

nalapambu said...

PAS dan PKR akan tetap terus unggul selagi kaum cina dan india terus menyokong nya.

UMNO akan tetap terus ditolak oleh kaum cina dan india.

Penyokong UMNO boleh cakap apa saja yang mereka suka terhadap Pakatan Rakyat, tetapi sokongan kaum cina dan india semakin bertambah teguh terhadap Pakatan Rakyat.

TS Muhyiddin Yassin TPM menyatakan UMNO cuma ada masa dua tahun sahaja untuk pulih, jika gagal dipulih dalam masa dua tahun ini, UMNO akan berkubur.

Kepada juak2 UMNO sekelian, berusahalah bersungguh2 pulih kan UMNO jangan terlalu sibuk dengan hal Pakatan Rakyat.

UMNO sedang menghadapi saat2 maut - Pakatan Rakyat sedang menuju kearah kemenangan pada PRU13 akan datang.

garamanis said...

BRO,

RUSUHAN DAN PERGADUHAN ITU SEMUA MEMBUANG MASA DAN TENAGA. EKONOMI LINGKUP..APA PUN TARA..TAPI BAGI PAS ATAU JUAK-JUAK PEMBANGKANG DIORANG SUKA SEBAB BOLEH JADI HERO.LEPAS TUH SALAHKAN KERAJAAN BILA KENA ISA.

APA PUNYA BENGAP LA SI KAMARUDDIN JAFFAR. PATUT LA UMNO TENDANG SAMA DIA PASAL NO VALUE BENGAP TAK HABIS-HABIS..

YB Raz said...

aku suka ayat nalapambu

"Kepada juak2 UMNO sekelian, berusahalah bersungguh2 pulih kan UMNO jangan terlalu sibuk dengan hal Pakatan Rakyat.

UMNO sedang menghadapi saat2 maut - Pakatan Rakyat sedang menuju kearah kemenangan pada PRU13 akan datang."

Memang aku tak ambil tahupun pasal pakatan korang. Kecuali apa apa tindakan korang yang boleh mencetus huru hara pada negara, itu aku ambil peduli.

Juak juak pakatanpun tak payahlah ambil tahu pasal UMNO. lebih jaga seluar dalam sendiri daripada mengintip kain pelikat orang lain.