Baru baru ini, negara dikejutkan dengan berita penderaan yang dilakukan oleh anak Sultan Kelantan terhadap isterinya yang berasal daripada Indonesia. Berita disiarkan oleh akhbar Indonesia dimana sumbernya adalah daripada ibu wanita tersebut.
Ibu Manohara kononnya berkata bahawa anaknya didera dan dikelar dibahagian dada oleh suaminya. Ekoran itu, beliau juga kononnya tidak dapat masuk ke Malaysia untuk bertemu anaknya akibat dihalan oleh pihak Imigresen Malaysia.
Dan untuk meredakan isu ini, Tengku Mohammad Fakhry dan Puan Temenggong, Manohara Odelia Pinot, muncul di Piala FA kelmarin. Hubungan mereka berdua kelihatan mesra dan tidak menunjukkan apa apa masalah yang berlaku.
Ia sama sekali menafikan dakwaan ibunya, Daisy Farajina yang disiarkan secara meluas oleh akhbar Indonesia bahawa pasangan tersebut mengalami masalah rumah tangga dan Manohara didera secara fizikal dan mental.
Didalam kes ini, aku tidak tahu siapa yang benar atau salah. Tindakan ibunya sedikit sebanyak menunjukkan seolah olah ada agenda tersembunyi mahu dilakukannya. Manakala penampilan pasangan tersebut dikhalayak ramai juga boleh dibuat untuk menyembunyikan sebarang masalah.
Walaubagaimanapun, aku yakin, hampir seluruh rakyat Malaysia inipun tidak pernah mengenali mahupun mendengar langsung tentang Manohara Odelia Pinot. Sekarang tiba tiba sahaja dia jadi popular.
Manohara, namanya mengingatkan aku kepada tarian Menora hahaha. Pelik betul nama dia.
1 comment:
Tuan punya blog,
Hentilah kerja hina pihak Istana, kalau orang lain sibuk marah Raja Perak, semua orang tahu bising. Ini Telah menyentuh peribadi Sultan Kelantan.
Post a Comment