Geng Bas Sekolah

April 28, 2009

Dimana Manohara

"Keluarga saya akan ambil tindakan undang-undang (terhadap Istana Kelantan) jika kami masih tidak dibenar ketemu (berjumpa) dengan dia."

Demikian tegas Dewi Sariasi Pinot, 20, kakak Manohara Odelia Pinot, 17, bekas model terkenal Indonesia yang didakwa mengalami penderaan emosi dan fizikal setelah menjadi isteri kepada Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Mohammad Fakhry.

"Harapan kami hanya mahu berjumpa dengan darah daging kami saja," tegasnya ketika dihubungi Kosmo! di Jakarta semalam.

Menurut Dewi, dia dan ibunya, Daisy Fajarina kini benar-benar rindu dan resah mengenangkan nasib Manohara di Istana Kelantan yang sehingga kini masih gagal dihubungi.

Dewi yang merupakan kakak sulung Manohara berkata, ibunya yang menghidapi penyakit kanser rahim sangat merindui Manohara.

"Kami merasa sakit hati bila tidak dapat berhubung dengan Manohara lagi.

"Jika ini berterusan, tindakan undang-undang akan menyusul, ini tidak adil bagi keluarga saya yang tidak dapat melihat dan bertemu Manohara," katanya ketika dihubungi semalam.

Demikianlah yang diluahkan oleh keluarga Manohara kepada Pihak Akhbar Kosmo berikutan masalah yang dihadapi mereka. Manohara dikatakan tidak dapat lagi dihubungi malah tidak dibenarkan berjumpa dengan keluarganya sendiri.

Sehingga kini, tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak istana Kelantan melainkan beberapa cerita yang disampaikan oleh pihak ketiga serta penampilan dikhalayak ramai Manohara bersama suaminya, Tengku Mohammad Fakhry.

Aku sendiri tidak faham mengapa begitu susah pihak istana Kelantan hendak mengeluarkan kenyataan atau dengan kata lain, berterus teranglah sahaja. Mengapa masih hendak berahsia. Dan juga, mengapa tidak benarkan Manohara berjumpa dan menghubungi keluarganya?

Kalau anak aku dibuat begitupun,sudah pasti aku marah. Memang aku akan serang terus tanpa mengira siapa. Peduli apa dengan pangkat dan keturunan kalau perangai tidak semegah mana.

Aku bersyukur dengan tindakan bijak Tun Mahathir dahulu yang mengehadkan kuasa dan imuniti Raja Raja Melayu. Kalau tidak, sudah pasti ramai rakyat yang teraniaya seperti kes kes terdahulu.

Aku harapkan pihak diRaja Kelantan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Jangan pandang remeh isu sebegini kerana ianya melibatkan nama baik negara dan perhubungan diantara negara lain.

3 comments:

Pejuang Bangsa said...

aku mmg tak setuju manohara ini depa culik dan khwin .. kalau nak anak dia pun buat cara elok la..

buat malu sahaja keturunan raja ..main curi2 anak orang .. kira cun anak dara saja semua depa boleh sapu ...

Rantong said...

Salam ziarah. Mungkin ini dapat membantu kita diwaktu gawat sekarang.

Rancangan "Who Wants To Be A MillionaireBlogger.Net" kini, ke udara di screen komputer anda. Sertai & daftar sekarang. Kemasukan adalah PERCUMA...

.@blogger.com said...

Salam Sdr,
saya mengambil inisiatif menggabungkan blogger pahang. Saya harap sdr dapat mempamirkan Yahoo Messenger dan alamat email yahoo sdr untuk kita dapat berhubung dari masa ke semasa ~ bERANIKAN hATI > braveheartblogger@ymail.com