Geng Bas Sekolah

April 14, 2009

Malaysia Kini Terancam - Pakatan Pengganas

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi dan khazanah alam semulajadi. Keindahan Malaysia terkenal dengan hutan hujan berusia jutaan tahun, pasir pantai yang memutih serta keindahan pulau dan puncak gunung.


Masyarakatnya berbilang kaum dengan pelbagai etnik bumiputera serta kehadiran pendatang asing menambah warna rakyatnya. Budi pekerti masyarakatnya diakui ramah dan antara yang terbaik di dunia.


Namun ini semua bakal berubah dengan kehadiran beberapa orang yang meniup semangat bencikan negara dan agama Islam. Mereka mula membentuk pakatan dan telah disokong segelintir masyarakat yang jahil.

Mereka yang digelar Pakatan Pengganas mula melakukan huru hara didalam negara dengan harapan dapat menhancurkan negara dari dalam, menghancurkan agama Islam dan mengangkat pemimpin mereka yang rosak akhlak menjadi pemerintah negara.

Mereka mula bertindak ganas sejak tahun 1998 dan sekarang mereka semakin berani dan biadap. Malah sehingga tahap menghina sultan dan mufti. Disebabkan mereka, negara yang aman makmur mula huru hara, jenayah berlaku setiap hari, penebangan hutan berleluasa dan pencemaran alam semakin buruk.


Mereka mahukan Malaysia menjadi seperti Indonesia dan Thailand, supaya Malaysia tidak lagi aman dan orang orang Melayu dihapuskan dari Malaysia. Malah mahu menolak Islam sebagai agama rasmi negara.


Kepada rakyat yang masih sayangkan Malaysia, janganlah disokong Pakatan Pengganas. Kerana setiap sokongan kepada mereka akan menghancurkan masa depan anak cucu. Setiap sokongan membawa kehancuran kepada Malaysia, menolak Islam sebagai Agama Rasmi malah mengusir orang Melayu daripada tanahair sendiri.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia dan bersatulah menolak anasir anasir jahat dan lindunglah kedaulatan Negara dan Raja Raja Melayu. Peliharalah agama Islam dan Perlembagaan Malaysia. Lindungilah anak anak dan keluarga kita dari pengaruh jahat mereka. Semoga Allah s.w.t melindungi kita dan negara daripada kejahatan mereka.


4 comments:

A-I-B said...

Tengkorak hang!... sapa yang ganas. UMNO lah yang ganas merampas Perak dari PR. Cakap tak pakai otak.

Alan said...

tengok sape ganas..siap bawa bom lagi

melayu2020 said...

Bro 2 orang kat atas..


Buat apa melalak tak tentu arah kat sini? Tuan punya Blog ini akan kata..

"Saya tetap dengan prinsip saya"

hahaha..

Dasar melayu pemuja gothic!!

Jeepers Creepers said...

pandaipun Melayu2020

masalah UMNO adalah masalah dalaman. orang luar tak perlu campur. tengok je diam diam.

kalau dah yakin boleh makan lagi dua negeri, ambillah peluang dengan cara berhemah, bukannya dengan rusuhan.