Geng Bas Sekolah

March 10, 2009

Sokong PPSMI Diteruskan

Isu PPSMI masih belum selesai. Pak Lah seolah olah tidak mempunyai kuasa untuk menyelesaikan masalah ini dan meminta "pihak lain" untuk selesaikan segera.

Kejadian berarak ke Istana Negara telah mencetuskan suasana huru hara. Inilah akibatnya apabila ianya didalangi dan didampingi oleh puak puak politik. Aku hairan sekarang ni, kalau puak puak politik tak masuk campur tak boleh ke?

Puak puak politik ni hanya menyusahkan rakyat. Menyebar fitnah, menyokong pihak kristian mempersendakan nama Allah s.w.t., menghasut malah mengheret serta mencaci Raja Melayu dan Mufti.

Dan akupun pelik mengapa ada pihak yang tidak senang dengan pengajaran matematik dan sains didalam bahasa inggeris? Bukanlah bermaksud hendak menjatuhkan bahasa melayu tetapi ianya tidak salah kita belajar didalam bahasa inggeris.

Dan tidakkah kita orang melayu tidak berasa malu kerana tidak mampu berbahasa cina dan tamil sedangkan kaum kaum ini mampu berbahasa melayu walaupun tidak fasih? Dimanakah letaknya maruah bangsa kita?

Kaum cina dan india tidak hilang jati diri apabila bercakap menggunakan bahasa melayu dan inggeris malah mereka menjadi lebih maju dari kita kerana mampu menguasai pelbagai bahasa. Sedangkan orang melayu masih menjadi "katak dibawah tempurung".

Orang melayu kena sedar, dunia sudah berubah. Kita bukan hanya tinggal dikepulauan melayu sahaja sebaliknya ini adalah zaman globalisasi. Zaman dunia tanpa sempadan.

Lainlah kalau kita mempunyai teknologi tinggi sehingga orang melayu mampu pergi ke planet Marikh sendiri tanpa bantuan teknologi barat. Ketika itu, orang melayu bolehlah mendabik dada bahawa bahasa Melayu adalah yang terbaik di dunia.

Ini orang melayupun masih terkial kial dengan teknologi tak seberapa, sudah berlagak tidak mahu belajar bahasa asing. Apalah nak jadi dengan orang melayu ini. Berlagak tak tentu arah.

Aku tak nampak belajar matematik dan sains itu merugikan orang melayu. Ya memang ramai pelajar yang tercicir tapi itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menyekat perubahan. Memang benarlah orang melayu ini adalah bangsa yang PENAKUT. Bangsa yang hanya sukakan kesenangan dan tidak mahu berubah.

Dan paling penting, aku tidak lihat belajar matematik dan sains didalam bahasa inggeris akan menyebabkan sesorang itu menjadi syirik. Malah didalam Al Quran dan hadispun tidak ada nas yang melarang kita belajar didalam bahasa inggeris.

Itulah orang melayu sebenarnya takut kepada bayang bayang sendiri. Sudahlah diri sendiri bodoh, nak diperbodohkan pula anak cucunya sendiri. Apa nak jadi....

10 comments:

Panglima Perang Cyber said...

Apa lagi kita mahu sebenarnya !!

serah memorandum dan berlagak menjadi wira rakyat ?

Sayang sekali kerana kita mahu berundur selepas membuat sesuatu yang dianggap beberapa langkah ke hadapan.

fikir fikirkan..

rezqeen hill said...

haha..

sbenanye takde ape yg merugikan org melayu jika ada sesuatu perubahan dibuat.

blaja math & sains dlm bhs inggeris mmg tak merugikan pun. bdk² akan fasih btutur dlm bhs inggeris juga nnt.

cuma mentaliti kita je yg berbeza

Azizahns said...

sekarang kamus elektronik, software bahasa inggeris kan banyak dipasaran... beli dan gunakannya.. bukan susahpun.. kalau tak guna BI lagilah ketinggalan...

Anonymous said...

Salam,
modal politik pakatan rakyat.

dengar-dengar DAP tak setuju.

sila komen ? hehe

Islam Tanpa Sempadan said...

sila ke blog saya..

Anonymous said...

terima kasih diatas pandangan yang diberikan..

itulah mengapa kita mahu menyekat sesuatu yang baik?

kadang kadang kita terlalu emosi didalam perkara yang remeh sedangkan perkara pokok kita tidak ambil peduli.

Islam Tanpa Sempadan said...

salam yb..hehe.. mengenai isu PPSMI memang ada pro n kontra nya..

namun banyak kontra nya dari pro..

ini luahan dari pelajar..

masalah matematik dan sains dalam BI ini memang pelik..

kita hendak tingkatkan penguasaan BI dikalangan pelajar, maka kita ajar BI bukan kita ajar matematik n sains dalam BI, ini 2 perkara yang berbeza..

terima kasih sudi singgah dan komen di blog saya..

Tai said...

Mereka yang membantah ni, nakkan melayu terus bodoh supaya senang mereka nak kuasai.

Kalau betoi nak berjuang. Mai penang. Tengok apa dah jadi.

Tuyunz said...

boleh saye komen sebagai seorang siswazah university?begini...pengalaman saya sebelum ni bila saya adalah batch yg terakhir menggunakan bahasa melayu dalam sains dan math,saya memang tak terasa ape2 yg pelik lagi.walaupon pada mulanya saya rasa kasihan dengan dengan adik2 saya yg lulus takat idung je bile guna bi.mane nak faham maksud lagi,nak faham soalan lagi.tapi beberapa tahun selepas tu,saya diterima masuk ke matrikulasi.apa yg saya dapati,semuanya diajar di dalam bahasa inggeris.kenapa isu ini tak dibangkitkan?kenapa dalam pendidikan tinggi tak dibangkitkan penggunaan bahasa inggeris kedalam subjek2 sains dan math?itu satu...yang keduanya,bila saya diterima masuk ke uitm,saya juga mengalami masalah bertutur dengan bi disebabkan kurangnya pendedahan menggunakan bahasa inggeris.walaupon kita terasa tidak adil kerana terpaksa menggunakan bahasa asing daripada bahasa ibunda yg disayangi.mujurlah sekarang saya boleh dikatakan fasih dan yakin pabila bertutur dalam bahasa inggeris.yg ketiga,saya lihat dari segi perlembagaan.org2 melayu tidak menyokong sebab perkara 152 di dalam perlembagaan ada menyatakan bahasa melayu dijadikan bahasa kebangsaan.makanya,mereka takut keistimewaan melayu itu hilang setelah kita bertolak ansur dengan pendatang.apa lagi yg kita akan hilang selepas ini bukan?saya meminta jasa baek dan budi bicara org melayu supaya janganlah memolitikkan semua isu yg timbul.kalau sesama melayu pon berbalah,apa yg kita ada?sedangakan mereka2 yg lainnya mentertawakan kita.tak malukah?rakyat dah cukup penat mendengar cerita tak masuk akal ni...salam

Tai said...

Betul tu yunakira, melayu akan hilang ketuanannya jika hanya pandai bercakap dalam satu bahasa iaitu bahasa ibunda. TV9 mengalihbahasakan siri-siri kanak-kanak kalau kita fahami yang tersirat ialah, nak membolehkan orang bukan melayu terutamanya budak-budak ni, jadi fasih dalam bahasa melayu. Eh jangan ingat kononnya tv9 untuk orang melayu, jadi bukan melayu tak tonton. Ingat, banyak yang bukan melayu tonton tv9 terutamanya kanak-kanak. Sebabnya, ada banyak kartun.