Geng Bas Sekolah

March 10, 2009

Rasuah UMNO

Aku tertarik dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir didalam blognya yang menyentuh isu rasuah UMNO.

Tun mengatakan bahawa Pengerusi Lembaga Displin telah menerima 900 aduan berkenaan rasuah didalam pencalonan.

900 aduan !

Itu bukanlah jumlah yang boleh kita pandang sepi. Walaupun bukan kesemuanya benar tetapi ianya tetap membawa imej yang buruk kepada parti. Rasuah didalam UMNO sebenarnya sudah semakin kronik. Bila bila masa UMNO boleh dikuburkan.

Semakin hampir perhimpunan Agung UMNO mac ini, semakin banyak cerita tidak manis yang kita dengar. Malah sampai ada cawangan bahagian yang meminta "ufti" untuk memberikan undi.

Ahli UMNO sekarang sudah hilang arah tuju. Bukan hanya "orang besar ", malah sehingga peringkat akar umbi turut berpenyakit. Mereka sudah lupa asas perjuangan UMNO adalah keikhlasan, bersatu dan paling penting demi agama dan bangsa. Mereka lupa UMNO telah diwujudkan oleh golongan miskin dan orang kampung. Mereka mengaut untung daripada nama UMNO dan menindas golongan miskin.

Ahli UMNO tidak mengira pangkat harus kembali ke pangkal jalan. Harus melihat semula masalah diri. Jangan menggunakan UMNO sebagai "lubuk duit". Ahli jawatan kuasa displin UMNO haruslah bekerja keras membanteras gejala tidak bermoral ini daripada UMNO. Kalau tiada tindakan yang diambil, UMNO pasti akan berkubur untuk kali kedua dan kali ini, ianya akan sukar untuk bangkit semula.

4 comments:

TokMudim said...

UMNO Dulu, kini dan selama-lamanya rasuah. Bubar UMNO tubuh Parti Baru, Parti Melayu Bersatu (PMB), jamin bebas rasuah.

Perhatian kepada suami-isteri : Kempen KELUARGA BAHAGIA
Hentikan amalan seks oral. Hargai dan hormati bibir-bibir merah isteri anda, bibir yang mengaji kalimah-kalimah suci, bibir-bibir yang mendidik anak-anak anda.

GOMO said...

SALAM BRO...
JANGAN LUPA KITA BERAMAI-RAMAI KE PERHIMPUNAN PRIBUMI PERKASA PADA 22HB INI.

AJAK SEBERAPA RAMAI RAKAN YANG ADA BAGI MENYERIKAN LAGI MAJLIS INI.

YB Raz Gothic said...

mungkin betul cadangan tok mudin tuh..tapi uikss apa benda kempen keluarga bahagia ni?

tak ley sex oral? apa kebendanya semua ni?

ade apa perhimpunan pribumi perkasa ni bro?

Sedingin Salju said...

Masih belum terlambat untuk mengubati penyakit ini. hanya orang dengki sahaja yang berfikiran negetif.