Geng Bas Sekolah

March 12, 2009

Fitnah Diakhir Zaman

Pemilik blog "Pahang Daily Online" telah disoal siasat oleh pihak polis diatas tuduhan beliau mengenai Saiful Bukhari menghidap penyakit akibat sumpah yang dibuatnya dahulu.

Dan beliau juga mengatakan pihak polis cuba mengertak keluarganya ketika beliau tiada dirumah.

"Hanya menggertak anak-anak dan keluarga saya. Tindakan itu melampau, sudah melebih," katanya ketika dihubungi hari ini.

"Berlaku tekanan kepada isteri dan anak saya. Mereka takut dan trauma. Macam kita ni penjenayah. Saya bukan pembunuh."

Demikianlah sedikit sebanyak luahan beliau yang cuba memohon simpati setelah mengeluarkan cerita yang tidak benar. Tindakan beliau sedikit sebanyak menburukkan nama blogger yang berjuang ikhlas untuk perkembangan sihat politik tanahair.

Walaupun aku orang Pahang, aku sendiri tidak berminat masuk blog Pahang Daily Online sebab beritanya banyak yang tidak benar. Hanya cerita fitnah yang direka sendiri mahupun dipetik daripada MalaysiaKini dan blogger pembangkang yang lain.

Cuma satu nasihat aku pada beliau,

"Sudah sudahlah tu menulis cerita yang tidak elok. Kalau kau terlepas di dunia inipun, belum tentu kau boleh lepas kat Akhirat kelak. Hukuman di Akhirat lebih pedih daripada hukuman dunia ni."



Bertaubatlah Sebelum Terlambat

3 comments:

GOMO said...

SALAM BRO...
BETULLAH APA YANG LU CAKAP!!!
GUA SOKONG SANGAT.
PAHANG DAILY NI BANYAK SANGAT SEBAR FITNAH!! BIASALAH KALAU BLOGG UPAHAN ANWAR AL-JUBURI MEMANG FITNAH JE KERJA NYA...

PASAL DIA DOK AKATA ANAK BINI DIA TU PUN FITNAH JUGAK...
TAK PERNAH LAGI LAH POLIS MALAYSIA NI GANGU ANAK BINI KALAU LAKI AJA YANG SALAH.

NI SEMUA NAK RAIH SIMPATI.
GILA!!

raz said...

biasa dalam politik macam2 boleh cakap hahaha

Sedingin Salju said...

Itulah YB, berani buat, berani tanggunglah.