Geng Bas Sekolah

March 25, 2009

Sayangkan UMNO - Tolak KJ


Dalam dunia blogger, ada bermacam penyokong. Ada penyokong KJ, ada penyokong Mukhriz. Tapi aku tak nampak penyokong Khir Toyo. Mengapa ye?

Seolah olah Khir Toyo dilupakan orang. Kesian dia ye huhuhu..

Bagaimanapun aku tak nak mengulas mengenai Khir Toyo. Biarkan dia dengan dunianya. Aku nak bercakap mengenai KJ. Bukan bermaksud menolak atau membenci KJ tetapi pada aku, dia tidak sepatutnya dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO.

Didalam gelombang penentangan rakyat terhadap Pak Lah, adalah tidak patut kita mengangkat seseorang yang mempunyai hubungan rapat dengannya. Sekiranya kita memgambilnya juga, UMNO akan terus dibenci rakyat.

Rakyat akan melihat UMNO sebagai parti monarki. Daripada ayah turun kepada anak. Lagipun KJ masih muda. Baru setahun jagung terlibat dengan politik. Masih ramai lagi orang yang sudah lama terlibat dengan politik, tetapi tidak diberikan jawatan penting sedangkan mereka lebih layak daripada KJ.

Kalau sayangkan UMNO, jangan pilih KJ. Kj boleh bertanding apabila lepas pru 13 nanti. Itulah semoleknya. Jangan semasa UMNO nazak, masih ada orang yang berebutkan jawatan.

Dan perwakilan harus menilai dua calon terakhir iaitu Mukhriz dan Khir Toyo. Aku tidak mengatakan sokongan kepada mana mana pihak. Pilihan adalah ditangan anda. Tetapi tolong jangan pilih KJ.

Sekiranya anda sayangkan UMNO, jangan pilih Kj. Bukan bencikan dia tetapi untuk masa depan UMNO sendiri.

11 comments:

Cheguman said...

Amat setuju!

Saya minta maaf pada ahli BPN yang menyokong KJ. Politik adalah persepsi. Persepsi rakyat terhadap UMNO sudah cukup buruk dan tidak perlu ditambah lagi dengan kemenangan KJ. Kalaupun KJ tidak bersalah, beliau perlu bersihkan sendiri. Saya boleh bantu dengan syarat KJ jumpa saya sendiri untuk beri penjelasan tentang banyak kemusykilan.

Anonymous said...

KJ didapati bersalah BUKAN tidak bersalah, hanya dia dihukum dengan amaran sahaja. Orang bersalah mesti ditolak dari UMNO jika inginkan perubahan.
Wooih! powernya Cheguman@Demang Lebar Daun nih sebab dia boleh bantu orang. Powernya lawak dia nih! kah kah kah. Tak payah melawak lah. Bantulah diri sendiri je. Nice posting YB Raz Gothic!

Anonymous said...

Hapuskan Umno kerana muewujudkan kelompok Melayu perasuah dan perosak agama bangsa

Pemuda UMNO Permatang Pauh said...

Salam,
Penyokong Khir Toyo ramai di dunia siber tetapi mereka mengambil pendekatan untuk tidak bermusuhan dengan sesiapa. Jadi ahli UMNO mungkin tidak terasa kehadiran mereka.

Anonymous said...

Syeikh Al-Hafiz,

Penyokong Khir Toyo lebih berhemah.

Anonymous said...

Sokong 100%, tolak perasuah dalam pemilihan UMNO. Rasuah waktu nak mengundi camna???? Tolak juga undi BN.

Anonymous said...

Whatever lah. Ikut suka lah. ALLAH knows everything and HE is watching.

mut said...

Tolak yang rasuah.

Khir, KJ dan Mukhriz siapa yang bersih?

Mungkin kena tukar kepada yang paling kurang rasuah?

PK ler sendiri........ !

Generasi Pejuang Bangsa said...

dalam umno semua main politik wang ..jgn tuduh org ni main ,yang ni tak main . cuma nasib shj tidak dikenakan LD


apa yg penting selepas ini kita bersatu kembali selepas pemilihan ini dan membantu Najib..

Pak lah bakal bersara ,jgn la dok ungkit kisah lama beliau dan beliau cepatkan peralihan kuasa ini pun dikira pengorbanan besar utk parti .

KJ boleh membantu najib dan cuma aku minta dan harap Muhyidin akan menang jawatan Timbalan Presiden UMNO !!! kita perlu 2 singa yg kuat untuk kuatkan UMNO

Anonymous said...

terima kasih diatas pandangan semua..

memang tidak ada dendam peribadi antara aku dengan KJ..Cuma sebagai seorang ahli yang sayangkan parti, aku cuma mahu yang terbaik buat UMNO.

Kj boleh bertanding semula setelah bayangan Pak Lah tiada lagi didalam UMNO.

Adalah tidak molek untuk satu keluarga memegang jawatan penting didalam parti pada satu masa.

Unknown said...

salam...sekadar berpandangan.

Adakah K.J bakal menerima nasib yg serupa dgn Anwar?...