Suara Keadilan dan Harakah sudah "digam" manakala akhbar online seperti malaysiakini, malaysia inside dan apa kebanda lagi satu tidak dibenarkan mengadakan liputan di Majlis Perhimpunan Agung UMNO diatas alasan banyak menyebarkan cerita tidak benar berkaitan UMNO.
Pada aku ada baik dan buruk diatas keputusan yang dibuat. Soal harakah dan suara keadilan, memang banyak cerita mengarut dan fitnah. Tetapi berkaitan dengan akhbar online, aku rasa boleh diberi kelonggaran sedikit.
Ya selama ini mereka banyak menyiarkan cerita yang tidak benar tentang UMNO tetapi untuk kali ini, benarkan mereka membuat liputan. Kerana apa yang dijalankan di PWTC dapat disaksikan jutaan pengunjung.
Sekiranya akhbar online ini menyiarkan lagi cerita yang tidak benar sepanjang perhimpunan dijalankan, rakyat sudah dapat menilai kredibiliti akhbar online ini. Malah UMNO boleh mengambil tindakan dengan menyaman mereka kerana bukti sudah jelas dan nyata.
Keburukan penghalangan ini, rakyat melihat tindakan UMNO seolah olah kebudakkan dan pihak pembangkang boleh mengambil kesempatan dengan memainkan isu sebegini. Dengan pilihanraya kecil yang bakal menjelang, adalah tidak wajar sekiranya UMNO membiarkan pembangkang mendapat point untuk dijadikan isu sepanjang kempen nanti.
Dan untuk persidangan kali ini, aku berharap UMNO dapat dibersihkan daripada gejala rasuah. Pembangkang menang pru 12 dulu bukan disebabkan mereka kuat. Tetapi disebabkan UMNO lemah. Lemah dari dalam dengan gejala rasuah berleluasa.
No comments:
Post a Comment