Geng Bas Sekolah

March 23, 2009

Jangan Jadikan Anak Kecil Mangsa Politik Syaitan PR


Selepas isu Tabika Kemas di Balik Pulau, Pulau Pinang dirantai dan dimangga bulan lalu, kini nasib yang sama menimpa 32 kanak-kanak di Taman Rakyat Mergong di sini yang terpaksa belajar di tempat letak kereta.

Cuma kali ini kelas untuk kanak-kanak Tabika Kemas itu telah diambil alih oleh Badan Amal Taman Rakyat Mergong untuk dijadikan surau.

Sedangkan tabika itu yang terletak di tingkat bawah bangunan dua tingkat itu telah beroperasi sejak 13 tahun lalu. Masalah itu bermula setelah kelas mereka diubah suai untuk dijadikan surau dan kelas agama kerana surau di tingkat atas dikatakan tidak lagi dapat menampung pertambahan jemaah terutama menjelang musim perayaan.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, beliau tidak tahu mengapa badan amal taman itu sanggup menghalau kanak-kanak yang hanya menumpang belajar di situ.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Kerja raya dan Pertanian negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika dihubungi berkata, kerajaan negeri tidak tahu mengenai perkara tersebut.

"Kerajaan tidak mempunyai maklumat mengenai perkara ini namun kami bersedia untuk membantu mencari tempat baru bagi membolehkan kanak-kanak terlibat menyambung pembelajaran mereka secepat mungkin," ujarnya

Aku sendiri tak paham apa masalah pemikiran ahli Badan Amal Taman Rakyat Mergong. Kadang kadang kepala otak orang tua tua ni tak betul juga. Selalu membuat tindakan merepek. Dengan budak kecilpun nak tunjuk lagak.

Apa salahnya berbincang baik baik. Lagipun sudah 13 tahun bilik bawah itu dijadikan tabika Kemas. kalau benar ianya hendak diubah suai, takkan tak boleh bincang elok elok. Sebaiknya Kerajaan Negeri ambil tindakan segera. Kesianlah dengan kanak kanak tu. Jangan disebabkan politik bangang orang tua, kanak kanak jadi mangsa.

Ada baiknya nama Badan Amal Taman Rakyat Mergong ditukar kepada Badan Amal Taman Rakyat Bangang


1 comment:

Anonymous said...

pencacai umno