Seloka Orang Politik
Banyak bendera yang dah koyak,
Atas pokok "kabu", pokok cempedak,
Buat ceramah ramai budak budak,
Diberi upah suruh sorak.
Negara kita amat demokrasi,
Ada pengikut tubuhlah parti,
Pilihanraya kalau orang tak undi,
Hilang deposit tak dapat kerusi.
Kalau tak menang, memang kalah,
jangan pula kira nak marah,
Tanya sikit "dok" naik darah,
Terimalah itu takdir Allah.
Yang menang pula dapat kerusi,
Dari kawasan menghilangkan diri,
Orang ingat dia dah mati,
Dekat lima tahun timbul kembali.
Masa itu kalut tak tentu hala,
"sat" ke timur "sat" ke utara
Bila ada kenduri kendara,
Dia dulu yang "pi" sua muka.
Waktu itu mungkin terlambat,
Kerana ramai yang dah meluat,
Dia"pulak pikiaq" kira nak lompat,
Mula "dok" himpun kawan yang rapat.
Habislah pula cincin dan subang,
"Dok penaik" bendera depan belakang,
Ugut pula nak jadi pembangkang,
Tak dapat projek parit dan longkang.
Ramai juga yang makan gaji,
cukup umur ada pencen lagi,
Itu pun "dok" hentam kanan dan kiri,
Lebih baik berhenti berkerja sendiri.
Negara kita ramai "dok" puji,
Tak pinjam duit dari ceti,
Tu pun ramai yang tak sedarkan diri,
Pemimpin kita kira "dok" caci.
Banyak bendera yang dah koyak,
Atas pokok "kabu", pokok cempedak,
Buat ceramah ramai budak budak,
Diberi upah suruh sorak.
Negara kita amat demokrasi,
Ada pengikut tubuhlah parti,
Pilihanraya kalau orang tak undi,
Hilang deposit tak dapat kerusi.
Kalau tak menang, memang kalah,
jangan pula kira nak marah,
Tanya sikit "dok" naik darah,
Terimalah itu takdir Allah.
Yang menang pula dapat kerusi,
Dari kawasan menghilangkan diri,
Orang ingat dia dah mati,
Dekat lima tahun timbul kembali.
Masa itu kalut tak tentu hala,
"sat" ke timur "sat" ke utara
Bila ada kenduri kendara,
Dia dulu yang "pi" sua muka.
Waktu itu mungkin terlambat,
Kerana ramai yang dah meluat,
Dia"pulak pikiaq" kira nak lompat,
Mula "dok" himpun kawan yang rapat.
Habislah pula cincin dan subang,
"Dok penaik" bendera depan belakang,
Ugut pula nak jadi pembangkang,
Tak dapat projek parit dan longkang.
Ramai juga yang makan gaji,
cukup umur ada pencen lagi,
Itu pun "dok" hentam kanan dan kiri,
Lebih baik berhenti berkerja sendiri.
Negara kita ramai "dok" puji,
Tak pinjam duit dari ceti,
Tu pun ramai yang tak sedarkan diri,
Pemimpin kita kira "dok" caci.
Dipetik daripada majalah Gila-Gila bilangan 494, 1 April 1999.
2 comments:
Wah, agak terhibur bila mendengar seloka ini.
tu seloka lama haha
Post a Comment