Politik adalah drama. Ini sebenarnya benar. Bermacam macam telatah yang boleh kita lihat pada ahli politik. Ada seorang yang lemah lembut, ada yang bengis, ada watak baik dan jahat malah ada juga watak pak pacak.
Setiap kata kata pemimpin parti didengar dan arahan mereka diikuti oleh anak buah mereka laksana mereka jeneral di medan perang. Tapi adakah anak buahnya tahu niat sebenar pemimpin pemimpin mereka.
Aku bersetuju dengan pendapat saudara Nobisha (klik sini). Kita lihat dikaca television dan ceramah politik, mereka memburuk burukkan lawan mereka, memperkatakan bermacam isu. Tetapi di Parlimen mereka boleh bergurau senda, minum semeja dan macam macam lagi yang rakyat biasa tidak tahu.
Yang merusuh dijalanan, membuat kacau bilau adalah pengikut tetapi pemimpinnya dimana? Setiap apa yang diucapkan oleh mereka bertujuan hanya mahukan undi diberi kepada mereka. Apabila undi diberi, mereka berkuasa. Apabila mereka sudah berkuasa dan mereka tidak menjalankan tugas kepada rakyat, apa yang boleh dibuat oleh kita?
Kita hanya boleh menunggu lima tahun lagi untuk memilih orang lain. Sekiranya berlaku perkara yang sama, bermakna kita sudah membazirkan masa selama 10 tahun. Dan tidak pernah lagi kita melihat orang kampung menfailkan saman terhadap Adun yang tidak bertanggungjawap.
Kita boleh melihat berita tentang masalah yang menimpa penduduk kampung, masalah persekolahan, masalah ekonomi tetapi dimana Adun/YB yang sepatutnya menolong mereka? Setelah rakyat meilih mereka, mereka menghilangkan diri dan hanya memikirkan projek yang bakal mereka dapat.
Aku berharap selepas ini, ada pihak yang berani menyaman mana mana Adun atau pemimpin parti yang tidak bertanggungjawap dan hanya menimbulkan masalah sepanjang tahun. Kita memilih mereka semasa pilihanraya untuk bekerja , bukannya bercakap dan bertelagah sehingga tempoh pilihanraya selanjutnya.
3 comments:
Memang benar, banyak kali saya sentuh dalam blog saya walaupun tidak secara khusus: -
politik itu
kelirukan yang bijak
dan
menipu yang bebal
BRAVEHEART
orang kampung ditipunya. bila nak pilihanraya baru nampak muka
Bismillahhir-Rahman nir-Rahim
Assalamualaikum... Salam keimanan dan salam kemanusiaan buat para pencinta kedamaian... moga-moga kedamaian itu sentiasa mendakap hari-hari yang dilalui... moga kedamaian itu mengisi ruang-ruang kosong hidup mu dengan ingatan kepada yang Maha Pencipta.. moga-moga Tuhan Rabul Izzati menjadikan hari-hari dalam hidupmu adalah hari-hari yang diredhaiNya
Saya melihat secara analoginya istilah "Melayu" dan "Bumiputra" adalah "gumpalan sampah"... ibarat seorang batu api meletak gumpalan sampah di depan kita (Orang Melayu) dan di depan orang Cina supaya "RAKYAT MALAYSIA TIDAK BERSATU MENENTANG MEREKA"
Batu Api: "Ok ni kepala bapak Orang Melayu.. (sambil meletak gumpalan sampah depan Orang Cina) dan ini kepala bapak Orang Cina dengan meletak gumpalan sampah depan Orang Melayu... Ok sekarang anda berdua sila sepak kepala bapak lawan masing-masing..."
Orang yang bodoh akan bergaduh kerana segumpal sampah bekenaan. Dalam hal ini istilah "Bumiputra" atau "Melayu" itulah ibarat sampah yang digunakan untuk mengapi kaum. Ada ekuiti dinamakan "ekuiti BUMIPUTRA" ada raja "Dinamakan Raja Melayu" ada Islam dikatakan "Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu" ada biasiswa untuk orang miskin dinamakan "Biasiswa Bumiputra" Nama MELAYU dan BUMUPUTRA bekenaan akan digunakan untuk memperbodohkan rakyat Malaysia supaya menyokong kumpulan yang dikatakan pejuang "KETUANAN MELAYU" pendek kata semua nak kaitkan dengan Melayu supaya semua Melayu menyokong mereka dan menggunakan nama itu dengan berkesan sekali sejak lebih 50 tahun.
Gumpalan Sampah (Penggunaan nama Melayu dan Bumiputra) berkenaan tiada nilai satu sen pun dalam Islam dan pada kemanusiaan. Jangan buang masa memikirkan sesuatu yang tiada faedah itu sehinggan porak peranda satu negara...
Sekian..
Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...
Post a Comment