Geng Bas Sekolah

March 1, 2009

Pembatalan Kalimah Allah s.w.t Untuk Agama Selain Islam

Alhamdullillah pewartaan kebenaran penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama Kristian dibatalkan (klik sini). Namun aku masih ragu ragu dengan keputusan yang baru dibuat ini. Kes ini juga masih berjalan di Mahkamah dan pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Walaubagaimanapun sama samalah kita berdoa agar kita memenangi kes ini dan dapat menghalang pengaruh kristian berkembang di Malaysia ini.

Akhir kata aku ingin memetik kata kata Mahaguru58 (klik sini) yang berbunyi :

"Apakah Gereja Kristian mahu saya serta para penulis blog Muslim yang lain mencemarkan dunia blogosfera kita dengan perang agama siber yang kemudiannya akan mencetuskan perang fisabilillah yang sebenar benarnya?

Saya seboleh mungkin merayu kepada pihak Kristian supaya hentikan lah semua ini.

Hentikanlah segala perang saraf di dunia blog dan media dan teruskan lah sahaja hidup kamu menyembah apa sahaja yang kamu sudah salah sembah sekian lama ini dan elakkan percubaan kamu untuk memecah belahkan keharmonian negara tercinta kita dengan dakyah kamu ingin mencemari kesucian nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan menggelarkan benda benda yang kamu sembah sebagai 'Allah' juga!

Sesungguhnya jika kamu benar benar orang orang yang berakal dan berpijak dibumi yang nyata, kamu sudah tentu akan menghentikan perkara karut ini dan berhenti menimbulkan masaalah diantara kami orang orang Islam dengan kamu yang memilih untuk menyembah seorang makhluk ciptaan Allah dan kemudian menyalahtafsirkan ia sebagai anak Tuhan dan sebagainya!

Saya memang tidak sampai hati untuk menyerang kamu wahai saudara saudariku anak cucu keturunan Nabi Adam Alaihis Salam tetapi kamu harus sedar bahawa kesabaran kami umat Islam seMalaysia ada juga hadnya."

2 comments:

Sedingin Salju said...

kamu dengan agama kamu, aku dengan agamaku. Mudah kan? jadi, jangan buat kacau.

raz said...

tau xpe