Geng Bas Sekolah

February 28, 2009

Lawan Habis Habisan Keputusan KDN



Orang islam di Malaysia sudah ditimba bencana tapi mereka masih tidak sedar. Agama islam sudah dicabul tapi mereka masih leka. Orang kafir sudah berjaya setapak lagi menodai kesucian Islam dengan kejayaan menggunakan nama Allah s.w.t didalam kitab mereka.

Kes murtad sebenarnya sudah begitu banyak berlaku seperti mana yang didedahkan oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria serta ahli Parlimen Kulim, Zulkifli Nordin. Tetapi orang islam di negara ini masih membutakan mata dan hati untuk menerima kenyataan.

Malah pihak kristian begitu hebat menjalankan dakyah kristian terhadap umat manusia dan tidak terkecuali umat melayu di Malaysia. Mereka sudah memulakan tindakan ini sejak kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia dan Cordova lagi.

Mereka sanggup memberikan wang ringgit asalkan umat melayu sanggup masuk ke agama mereka. Mereka juga menggunakan cara berhemah dan berlemah lembut memujuk orang melayu yang tidak kuat pegangan agamanya.

Berlainan pula dengan pihak pendakwah islam. Jabatan Agama Islam lambat bertindak didalam hal hal sebegini. Malah ajaran sesat juga berleluasa sehingga kini. Para pendakwah islam hanya mengislamkan para penduduk, dan kemudian membiarkan mereka terkial kial sendirian meniti kehidupan sebagai muslim.

Para pegawai di Jabatan Zakat juga tidak banyak menolong saudara baru. Kadang kala saudara baru diherdik dan dihina ketika memohon bantuan. Saudara baru juga disisihkan dan dipandang serong oleh masyarakat islam melayu. Sedangkan mereka semua memerlukan bantuan kewangan dan moral setelah sanggup berpisah dengan keluarga dan saudara mara semata semata memeluk agama tauhid. Oleh itu tidak hairanlah jumlah mualaf yang mahu murtad semula meningkat.

Dan kini dengan kejayaan mereka untuk menggunakan nama Allah s.w.t didalam kitab mereka, mereka akan lebih agresif menjalankan dakyah dakyah mereka kepada kita semua. Kita semua harus melawan tindakan mereka semua. Kalau hal ini terjadi di Afganistan mahupun Pakistan, sudah pasti pihak kristian ini semua akan diburu dan dihapuskan.



Namun di Malaysia, kita masih lagi bertamadun. Kita harus melawan mereka melalui perundangan negara. Kalau tewas, barulah kita jalankan pelan altenatif. Pelan altenatif bagaimana? Anda faham sendirilah.

Ketika Islam Dicabar, Rasullullah s.a.w Di Hina, Bangkitlah Wahai Umat Muhammad Demi Mempertahankan Akidah Dan Kebenaran Yang DIyakini

5 comments:

Anonymous said...

Jika ada anak cucu kita terpesong akidah, atau bertukar agama, sila jawab nanti diakhirat kepada sesiapa yang menyokong.

Cheguman @ Demang Lebar Daun said...

Salam,
Bab pertama sudah selesai. Menteri dah jawab dalam berita tadi. Dah diperbetulkan. Apa tindakan kita jika berlaku lagi? Nak guna kuasa lagi? Bagaimana jika kuasa sudah tiada?

Kena ada plan B dan kena ada persiapan agar tidak perlu menggunakan Plan B itu.

kembara putih said...

Rakyat tidak buta & masih sedar - tu pasal mereka tolak BN di PRU12 dulu.

Gejala murtad semakin bertambah? Jawablah kamu di depan Allah esok. Bukan tu je...Gejala BERZINA di kalangan Melayu pun dah sampai tahap kronik, wahai UMNO ooii.

Ini lah malangnya UMNO...ada kuasa tapi tak tahu nak buat apa.

YB Raz Gothic said...

Alhamdullilah KDN sudah perbetulkan semula kesilapannya.

hua hua hua orang berzina salahkan UMNO,orang jatuh motor salahkan UMNO, katak mati kena langgar salahkan UMNO, Israel serang Gazapun nak salahkan UMNO juga.

apa bendalah pemahaman kamu wahai cik kembara putih. Segala dosa pahala sendiri tanggunglah. Takde kena mengena dengan UMNO wei.

kaki rempit, pelacur jalan hamzah, bohsia kat Kelantan itu pulak salah siapa? Salah UMNO jugak ke?

Khakkk tui!! Salah PAS lah cik kembara putih wei !!. Ataupun Nik Aziz nak tanggung juga sekali.

Sedingin Salju said...

Alahai, biasalah YB. pas tu kan maksum? Semua ahli Pas masuk shurga? Itulah, dia ingat, dia bersih dari segalanya. Biasalah dia orang tu.