Mari Kita Berehat Sebentar Dari Bicara Politik
Saya mengikut seorang rakan ke sebuah pusat servis kenderaan pacuan empat roda. Di situ dia membeli sepasang getah penyendal tingkap untuk jipnya. Benda itu kecil sahaja. Campur tolak sebesar kotak rokok. Warnanya pula cuma hitam. Tidak berwarna warni macam baju artis. Saya menyangka paling lebih harganya setiap satu cuma empat lima ringgit.
"RM140" beritahu pekerja pusat servis tu.
"Kedua duanya" tanya kawan saya pula.
"Satu..Kalau dua jadi RM 240.."
Saya tergaru garu kepala. Getah sebesar ituberharga sedemikian rupa? Saya teringat getah keping dan getah susu di kampung. Mengikut logik saya rasa tak sampai suku keping getah digunakan untuk membuat kedua dua penyendal itu.
Dan saya kian tergaru kepala apabila diberitahu benda itu diimport dari United Kingdom.
Saya tak faham. Tapi saya cukup yakin orang yang buat benda itu sendiri tidak pernah tengok pokok getah dan tak pernah tahu macam mana payahnya hidup orang yang menoreh getah...
3 comments:
Kalau dia pernah melihatnya, sudah tentulah tidak jadi begini no?
Dulu masa saya guna proton satria lagi best. Ada 2 keping plastik bulat bergerigi macam dalam kereta mainan kanak-kanak yang ada kaitan dengan fuel injection. Benda tu selalu rosak (terutama satria 1.6). Kalau tengok tu rasa harganya dalam RM10. Tapi sekali tukar dalam 160 original.
sedingin salju: itulah apabila negara tiada teknologi sebegitu padahal barang mentah bersepah dinegara kita.
Grand: kadang kadang benda yang dijual tak masuk akal. Tak sepadan dengan harganya.
Post a Comment