Geng Bas Sekolah

February 2, 2009

Lompat Atau Tidak

Aku sekarang keliru. Keliru yang benar benar keliru. Berita "kehilangan" dua adun yang dikatakan hendak masuk BN semakin panas. Pada mula beriya benar cerita mereka akan menyeberang parti tetapi kini berlainan pula ceritanya. Ada pula yang kata mereka tetap bermahzab PKR.

Malah ada pula khabar yang mengatakan mereka meletak jawatan dan pilihanraya kecil akan diadakan. Mana satu yang betul ni. Tapi apa yang pasti rakyat Malaysia khususnya orang Perak sudah jemu dengan khabar khabar sebegini. Mereka yang dipilih oleh rakyat sepatutnya menumpukan perhatian terhadap amanah yang diberikan. Bukannya membuat pelbagai helah dan drama murahan.

Sudah sudahlah tu wei. Bertobatlah sebelum nyawa dicabut dari kerongkong. Betullah orang politik ni tak boleh dipercayai sangat. Mereka sanggup berdolak dalih asalkan cita cita mereka tercapai.

Dan buat pengundi PR di Perak. Bukannya mudah untuk mentadbir sesebuah negeri apatah lagi negara. Jadikan peristiwa ini sebagai teladan.

No comments: