Geng Bas Sekolah

February 1, 2009

Malaysia Diambang Perang ?

Cerita politik negara semakin hangat. Sama hangat dengan isu Gaza. Mana taknya, setiap ahli politik "berperang" sesama sendiri. Sebenarnya politik ini memang sama seperti perang. Yang menang akan dapat memerintah negara, yang kalah akan tertekan.

Bezanya tak ada mana mana ahli politik yang mati kalau kalah. Melainkan di negara berminda "bangang" seperti Pakistan, Filipina dan lain lain negara seangkatan dengannya. Disana ahli politik boleh dibunuh sewenang wenangnya. Masuk politik bererti membayar dengan nyawa sendiri dan ahli keluarga.

Di Malaysia tak kurang hebatnya. Jika anak muda yang menghadiri GIG mereka akan menari terlompat lompat. Namun bagi "orang tua", mereka melompat-lompat juga. Melompat parti. Seorang dari BN sudah melompat ke PKR. Dan sekarang terdengar pula cerita dua adun dari PR akan melompat ke BN.

Jika ini benar, kedudukan PR di Perak mungkin berubah. Sekiranya tidak menukar kerajan, kerajaan PR yang ada tetap merasa panas. Dan aku sangat berharap berita ini benar. Semoga dengan runtuhnya kerajaan NIZAR, kebatilan PR diperak akan hancur.

Berbalik semula cara politik Pakistan, sekiranya cara itu boleh berlaku di negara ini, aku pasti sudah ramai ahli politik kita akan mati katak. Dan akan ramai yang berundur dari arena politik. Mungkin cara itu sesuai untuk meredakan ketegangan isu politik di negara ini. Tidak ada lagi isu lompat parti, tiada lagi isu rasuah, politik wang dan sebagainya.

Renung renungkan dan selamat beramal...

4 comments:

kingpahat a.k.a zaimi said...

Lu jgn laaa ckp cam nie bro,gua takut kalau jadi PERANG kat negara kita nie.gua lum kawin lagi.

yb raz said...

rileks bro.guapun belum rasa kawin lagi hahaha.

Sedingin Salju said...

Encik, janganlah doakan keruntuhan kerajaan PR. Biar ianya runtuh secara terhormat. nah, dua orang tu dah letak jawatan. Pilihanraya kecik perlu dah diadakan.

YB Raz Gothic said...

tu yang leceh bila ada pilihanraya kecik..masalah BN tak settle lagi ni..takut BN tak menang lagi je ni huhuhu